Wednesday, December 22, 2010

Aku ingin menangis disini;


Melihat awan angkasa semakin hitam, air takungnya sudah penuh, sebentar nanti turun hujan dalam hati, hujan menurun rahmat Tuhan pencipta langit-langit yang tadi biru~

Setiap rasa yang pahit mengamit setiap perasaan ku,
Biar ku dikata lelaki hingusan kerana menangis,
Katakan apa sahaja tentang diriku, ku benarkan ~
Aku ingin membaca buku yang suda lama terbuku dalam hati ku,
Sebuah buku tangisan berpanjangan.

Ya dan benar belaka dikala ini~

Aku si lemah,
Aku si cerca ,
Aku si derita,
Aku si sirna,
Aku si air mata.

Lemah tak bermaya hamba si lembah hina ini.
Biar aku menangis sebentar cuma, sebentar sahaja. Boleh?
Melepas sengara dan derita,
Agar benciku bisa pergi bersama airmata ini.

Teresak-esak menutup wajah tangis,
"Aku malu melihat diri bila dalam menangis"


Monday, December 20, 2010

Izinkan ku pergi ; mencari diri semula.


Ku titip puisi cinta buat MU pencipta naluri, Engkau pemilik jiwa dan hati, pemilik sebenar Cinta hakiki.

Kemana harus ku pergi selepas ku dari sini,
Hala tujuku terumbang ambing dek pukulan si badai deras,
Manakah si pengemudi yang hebat tadi?
Ah! Persetankan segala rasa ku padanya.
Dia memang begitu, mgkin akan terus begitu.
Puas ku bujuk rayu dan menangis dihadapannya.
Kini...

Izinkan aku pergi bersama ombak diteman mentari jingga yang mahu terbenam.~


Pergi ku buat apa di tangisi,
Pergi ku jauh dari mu tapi kau di depan mataku, pergikah itu?
Pergi ku buatku terus menderita sendiri sahaja.

Ku tarik nafas ku sedalamnya,
Ku genggam jari-jemariku yang luka, hatiku?
Ku ada kekuatan sendiri.

"Biarlah, tidak apalah, apa sahajalah, bolehlah, baiklah buka buku baru": jawab ku sendiri.

Mungkin rasa itu sampai disini cuma, aku mahu kelam bersendiri bersama lumpur hitam,agar mudah bagi ku "menyembunyi" kan diri dari mu, sebab ku hitam tidak nampak dan telus cahaya putih. "Rasa" itu perlu kemana?pada "dia" yang mahu?

Cuma sekarang ini, biar ku sendiri bersama bait-bait laguku dan puisi-puisiku.

Terima kasih atas segala rasa dulu, senyum tawa, derita, ceritera cinta, bait rindu, dan lafaz kata indah. Tergiang-giang lagu indah itu.

"Kau terlalu indah untuk ku lupa".

"Meski cuma tinggal rasa cinta seorang sahabat kepada seorang teman".

"Dilepas hati ku sengsara, diterima hatiku derita".

Kau buat ku senyum-senyum saja. ^^

Itu sahaja:
"Tiada apa yang mahu ku kelakar kan disini, bukan cerita lucu tapi benar berlaku saat ini, aku ingin sangat pergi, tapi hatiku seakan tidak lagi mahu, meski sudah ku temui satu kekuatan baru, buka buku baru. Terima kasih untuk memberi kekuatan untuk aku pergi sahaja. Persetankan aku~ " Sekali lagi, terima kasih atas segalanya.

Saturday, December 18, 2010

Cerita rasa rahsia hati;


Kami merobek kisah rahsia hati, yang hanya lebih TAHU adalah DIA.


Bukan sekadar senyuman yang ku berikan,
Malah keikhlasan dalam senyuman ku hadiahkan.

Jadi biar ku jadi penerima yang gembira menerima senyumanmu itu.

Kegembiraanmu kegembiraanku.

Bahagiamu,tawamu, gembiramu sama seperti ku.

Dan mungkin cuma perasaan yang berbeza.

Dan mungkin juga hati kita sama dan serupa.

Sama apabila kita berdua merasakannya.

Biar tersimpan sebagai rahsia rasa sementara cuma..andai ada, maka ada rasa itu,andai tiada, maka rasa itu..tiada.

Rahsia rasa yang hanya kita berdua tahu..si rahsia perindu.

Rahsia dalam rahsia..rasa dalam rasa..rasa itu memang rahsia..dan rahsiakan rasa itu.

Rahsiakan ia di sudut hati agar rasa itu disimpan rapi..dan bebaskan ia pada waktunya sudah tiba..

Merahsiakan itu memang sudah terlalu rapi terkunci..menunggu sampai pasti itu mati pasti..masih mahu-mahu lagi untuk pasti..

Kita di uji dengan kepastian sebuah rahsia rasa..tidak pasti di mana penghujungnya..apa kata hati?apa mahunya?

Ujian itu terselit hikmah dan tarbiah, sudah mahu kata hati. Cerita penghujungnya jadikan kata hati masih tak pasti. Bagaimana itu?

Kerana dua jasad yang berjauhan, tapi punya hati dan rasa yang mungkin sama..bagaimana mungkin noktah akhir cerita rahsia itu akan menemukan kepastian?bisakah hati ini menjawab segala rasa yang kian berteka teki?

Kadang-kala kita tak perlukan jasad yang jauh untuk merasakan apa yang berbisik di hati..rasa rahsia dalam hati sudah tanda ia hanpir dan disisi..Rahsia hati boleh diluah..boleh dirasa dan takut dengan rasa itu..tapi rasa itu mati dek umpama cubix hati pelbagai warna..perlu disatukan satu persatu..berteka teki..banyak sangat cerita teka teki..sampai tidak tahu mana jawapanya?


Rahsia,
" Rahsia itu indah, indah itu apa?"


Friday, December 17, 2010

Aku rasa rindu;


Wahai Tuhan pencipta segala rasa rindu, yang amat mengetahui segala nestapa dan hal hati ke hati, aku, aku dan aku...terasa sesuatu yang tak terungkap di isi karangan hati, cuma rasa berbaur rindu.

Malam yang kian dingin jelmanya sepi sekali,
Aku dan malam sama sahaja.

Sama-sama,
Rindu akan bulan dan hujan,
Rindu akan bayu yang mengigit tulang,
Rindu akan mentari esok pagi menanti saat terbitnya.

Duhai yang dirindu,
Aku rasa rindu.
Aku rasa tercari-cari.
Aku rasa terpingga-pingga.

Hati ini,
Keliru,
Celaru,
Duduk tak menentu,
bila aku rasa rindu.


Bila benci tapi rindu;
" Hanya rindu, terus merindu, dan terima kasih atas rasa rindu.

Wednesday, December 15, 2010

Kisahku cerita seorang perempuan;


Ku damba cintaMu duhai pencipta Hati, berikan aku semula cinta agar ku lerai pada gadis yang mencari cinta ini.

Perempuan yang terlahir di atas nama cinta nurani,
Wajahnya penyejuk kalbu ku yang kian bergetar,
Sifat terwaris dari tarbiah sunnah ikutan,
Perlu ku lentur dirinya, terbiasa dari rusuk kiri yang membengkok,
Makin sukar ku fahaminya setelah dirinya ku dalami sepenuh hati,
Namun, namanya sudah mula ku sebut berkali-kali dihati,
Gelak tawanya penghilang resah jiwaku yang kian bercelaru,
Katanya bak delima terselit senyuman bayangan manis,
Biarkan sahaja cerita itu di dalam hati,
Ku mampu miliki tapi selayakkah aku?
Apakah rasa ini?

Cinta perlu diulangi berkali-kali,
" Hati meski sudah sekian lama derita, mari kita berpimpin tangan sekali lagi, melerai segala rasa di dalam hati, mungkin bukan lagi pada dia tapi pada dirimu"


Tuesday, December 14, 2010

Tentang-tentang; itu.


Ku bermula baris ayat ini dengan lafaz cintaku padaMu wahai sang pencipta Cinta,berhenti sejenak dengan rasa malu memberi tanda koma, berhenti dengan syukur noktah terhenti.


Tentang,
Detik, saat dan waktu ianya masa yang di gelar emas.

Tentang,
Gembira, bahagia, dan sengasara itu perasaan memuncak.

Tentang,
Putus asa, bunuh diri dan menempah maut itu si gagal terasa bodoh.

Tentang,
Terhuyung-hayang, pelesit, dan hanyut itu pula hilang arah kemudi.

Tentang,
Hujan, panas, dan sejuk itu erti cuaca yang bersilih ganti.

Tentang,
Merah, biru dan putih itu hasil warna bercampur.

Tentang,
Sejarah, atmosfera dan Sains itu perlu kau pelajari.

Tentang,
Cinta, rindu dan sayang itu tiada siapa pernah mentafsir tepat.

Tentang,
Apa kau baca skg, apa kau lihat nnt dan apa kau karangkan itu cukup sampai saat ini, ada si awan biru sepi berlalu di sebalik cerita ini~ takut ada yang benci nnt.


Si pena biru mahu berkata,
"Lihat sekeliling, suasana yang selalu bisu itu sebenarnya bersuara, berkata melalui corong turas yang sempit belaka, sehingga tidak terkesan dek halwa pendengaran. Kita selalui lalai, sampai lena tidur dibuai keasyikan dunia yang berapa saat mungkin sampai ke hujung pengakhiran~"



Sunday, December 12, 2010

Cintamu dan cintaku.


Ku menjelang mendongak ke langit sepi, mengharap pintu doa langit terbuka, agar bisa ku sampaikan lafaz cintaku padaMu. Agar bisa senang sanubari yang telah lama gundah gulana.

Cintamu didusta cuma,
Cintamu dilukai cuma,
Cintamu dipanah derita cuma,
Cintamu dirobek sengsara cuma.

Cintaku makin didusta berkali,
Cintaku makin dilukai berjela,
Cintaku makin dipanah derita darah,
Cintaku makin dikoyak bercerai jasad dari tubuh.

Dari jari kanan ku berbahasa:
"Apa pun rasa cinta itu, ayuh bersyukur kita dengan "kesakitan" yang berulang kali, lihat diri, perbaiki kelemahan, tarik nafas sedalamnya, "Aku mampu untuk terus bercinta meski siapa pun dia"~



Saturday, December 11, 2010

Mari mengapai bintang-bintang;




Dengan nama Tuhan yang memegang nyawaku, ku ajukan, lalu ku satukan kiri dan kanan tanganku bersama jejari jemari. Doa yang ku pacul agar bisa menenangkan fikir ku~



Malam ini hening sekali lagi,
Tiada hujan,
Meski jua tiada angin yang cemburu,
Usahkan aku,
Aku bertemankan hanya dengan lagu pengisi ruang dan waktu,
Memecah malam yang kesunyian,berkecai sama sekali~

Ku pandang semula langit,
Pagi tadi ianya membiru seperti laut,
Sekarang kelam ditemani butiran bintang berkerdipan,
Bilakan ku gapai semula bintang-bintang?

Nota kaki;
~ Usah risau tentang hidupmu, Allah pasti memberi bintang kepadamu bila masanya tiba.

Friday, December 10, 2010

Sebelum ku pergi lebih jauh;

Ku ucaptama kalinya, sentiasa bertasbih menanti waktu yang lagi satu, sampai hatiku juga turut berzikir bersama.

Aku masih disini,

Menunggu sehingga sekembalinya mu.
Menanti sehingga jelang detik setiap waktu.

Apa juga perkataan yang sama dengan "Tunggu",
Akan terus begini, sampai mati rasa itu~

Kamu,
Sebelum ku pergi lebih jauh,

Cepat kembali~ menunggu di kerusi ini.

Sebelumku jua beralih memimpin tangan yang mahu memegang jari jemari ini <3

Melinar sang mata melihat masa di lengan:
Menanti penuh siksa itu terbiasa bagiku, tiap hari menanti sampai kepastian hilang entah kemana, sebentar lagi ku berdiri dari bangku ini~

Tuesday, November 30, 2010

Muka Surat 1;

"Dengan lafaz sekali nafas ku menyebut NamaMu ya Tuhanku Yang Maha Mengetahui lubuk naluri terpendam jauh, Agar mudah bagi ku lurus dalam niat mencapai hasrat berkasih sayang"

Jari menyusuri pena ini sekali lagi, mungkin ada bait cinta, mungkin ada persengketaan, mungkin ada perkenalana ukhwah, dan mungkin ada perjuagan yang belum selesai.
Biarlah saya bahasakan diri sebagai "aku". Supaya dekat dengan pembaca.

"Alhamdulillah" papa ku menyebut. Tersenyum. Pilu hati hati sang ayah.
Dikala menunggu kelahiran yang pertama kali dalam hidup. Papa mengazakan telinga ku.
Sejuk pilu menusuk ke dalam jiwa. Syukur aku di lahirkan dalam islam yang jitu.
Termaktub perjanjian di alam roh, bersumpah roh itu dengan nama Tuhan.
Lahirnya aku membibit suasana gembira tak terhingga.
Diberi nama, Aku "Mohd Nizhamul Hayat" sepunya diri. 7 jan 85.
Nama itu termaktub dalam hidup ku.
Ertinya "Peraturan kehidupan yang terpuji".

Mama dari tadi tersenyum melihat gelagat si papa.
Kejap berdiri, kejap duduk, kejap mendukung dan tidak senang duduk.
" Asyik menangis bayi ini" kata papaku.
" Budak bang, apa yang dia tahu, menangis kerana takut dengan dosa noda dunia" Balas mama.
"Sama wajah budak ini dalam mimpiku" kata papa lagi.
"Ya, saya ingat cerita itu" mama lalu tersenyum.


Meniarap, Merangkak, Belajar berjalan lalu berlari laju~

Genap umur ku 5 tahun. Seorang yang comot, berhingus, baju selalu sahaja kotor, lompak dan lumpur detinasi petangku serta selalu sahaja merajuk. Ah? Terkenang ku dulu, peristiwa ku masuk parit. Kononnya belajar berbasikal, kaki tak sampai, bontot apatah lagi, kekiri kenanan, entah bagaimana silap "stering",'stering" jadi mangsa padahal silap sendiri, terhumban aku dengan basikal mountain bike dibeli papa. Yang lucunya, sebangunnyaku siap makan kangkung~ rakanku sepermainan ku cuma mengeleng2, kawan-kawanku memang mengenali ku sebagai "lagenda budak nakal".

Apatah tidak, hutan belakang rumah, lumpur, sawah padi, memanjat pokok mangga yang tinggi, melastik burung di angkasa dan macam-macam "experimen pembedahan" ku lakukan pada binatang seperti cicak memang selalu, ayam ku kejar, kalbun tembak pakai senapang kayu (sopan skit huhu), kerbau baling guna batu, lembu?memang makan mercun kecuali lipas. Eee...lipas! Geli aku. Mahu terbang dengan penyapu. Semua itu aktiviti harian ku. Hidup mesti bebas mungkin motto hidupku dikala itu.

"Esok nong pegi sekolah tadika ya?" kata mama ku lembut.
"Sekolah? Sama tempat manja dan beecher ka? jawabku.
Manja jiran ku sewaktu kecil, begitu juga chrisher, beecher dan micheal.
"Ya sayang" tambah mamaku.
"Oh.." Jawabku mudah.

Berbunga riang jiwaku dikala itu, tapi langsung hilang bila kawan mengajak bermain. Apakah sekolah itu sebenarnya?tertanya-tanya juga sewaktu bermain. Ah?persetankan semua itu. Mungkin aku sudah besar dan perlu ke sekolah jawab ku sendiri. Papa belikan ku kasut, beg, "pencil case", pemadam, pengasah pensil, pembaris. Apa yang ku mahu, ditunaikan sahaja. Siap beli bekas air berwarna pelangi. Riang hati ku.

"Lau she chau annnn!!" Langsung tidak ku fahami maksudnya. Cuma berpura-pura mengikut gerak bibir rakan sebelah. Ramai murid-murid berbangsa cina dalam sekolah ku ni. Aku?pelik kenapa aku belajar bahasa cina?Yang juga pasti, jiran ku juga bersekolah di sekolah yang sama. SRJK TADIKA (C) CHEN SIN, TUARAN. Ah. Janji ku sekolah. Tidak ku sangka aku akan belajar di sekolah ini, apa yang pasti kata papa ku dulu, supaya kita tahu bahasa orang lain. Masa tu, ku dikelas "Apple", jiranku pula " di kelas "strawberi".

Perangai ku berubah sedikit, dimasa tadika. Pendiam, kurang aktif, dan pasif. Entah mengapa.

"Hi saya johan" tersenyum rakan sebelahku iras-iras wajah cina.
"Ini Hyder" Tambahnya lagi.
"Saya nizmul" entah macam mana nama itu terpacul keluar dari lidah. Melakat sampai sekarang.

Kami bertiga jadi rakan baik sampai umur 6 tahun, kemana kami pergi. Disana lah kami bertiga. Biasalah, kawan masa budak-budak ni untuk bermain sahaja. Nanti ku ingat semula cerita lama ni, Semakin pudar di ingatan. Yang ku ingat skrg ni, Hyder sudah jadi Artis Akademi fantasia walau terkeluar pada peringkat awal dan Johan semestinya, anak dato' sudah kaya rasanya. Lama tidak ku temui mereka. nanti sambung cerita di masa sekolah rendah, SRJK (C) CHEN SIN pula. Pening mengatur ayat. Hahha.~ Sambung...

Sunday, November 28, 2010

TekaTekiSilangKataHati~


"Dengan Nama Tuhan ku menyebut, Yang Maha Tahu dan Yang Maha Penyayang. Ingin benar ku berkasih dan sayang sekali lagi denganmu yang tercipta dari rusuk kiri sang lelaki ^^ "


SampaiMasaBicaraIkutKataLisanHati,
TercanaiDiJejariSepuluhIniAgarBisaKauMengerti,
OtakMasihLagiLigatBerpusingMencariKataIndahNanTerbaikKini,
MelakarApaItuTekaSilangKataHati,
HukumKarmaLigatBerpusingMencariWarnaWarni,
SampaiSesakNafasmuBicaraCintaIni.

(Baca dengan satu lafaz dan nafas sahaja~Sampaikah nafasmu?Lancarkah lisanmu?Biar sesak nafas,biar tungang-langgang lisanmu seperti nawaituku pincang olehmu)

Dari,
Awan putih yang bergerak menjadi hitam tak tertahan,
Menghasil benih hujan hikmahnya rahmat Tuhan.

Ombak laut yang menyapu pantai,
Bingkisannya terbitkan mutiara berterabur di landai.

Mentari terbit pagi seorang diri,
Ditemani embun pagi sejuk menyepi sekali.

Mahu kau tahu,
Dari Awan,Ombak dan Mentari timbul ilham cinta ini,
Terbias dari rahsia luh Mahfuz,
Teka teki hati menyilang merobek diri.

Teka silang kata hati makin sukar temui jawapan,
Ku garis ke atas, ku garis kebawah,
Satu persatu ku lorek, satu perdua jawapan yang tak sah,
Ku di belenggu dengan jawapan sendiri.

Mungkin saat ini,
Ku sudah temui jawapan pada teka silang kata,
Mungkin detik nanti,
Ku akan temui jawapan yang pelik,
Mungkin masa ini,
Ku makin sukar berkeputusan "ya".

Hanya ku tahu,
Biar ku dengan rasa ini.
Sampai rasa itu mati dan bermain dengan teka tekinya sendiri.

Cuma satu ku pasti,
Ku ingin berlari sekuat hatiku, darimu yang merobek segala sesalan lalu~

Wednesday, November 24, 2010

Mataku tidak mahu kelam~`

Mataku tidak mahu padam~
Padamkan lampu, tapi tidurku dalam jaga~
Jagaku berteman lampu terang~
Terang benderang! sebentar lagi dinihari subuh~
Subuh menjelang azan berkumandang~
Berkumandang terbukanya permulaan alam~
Alam sekejap lagi muncul mentari~
Mentari menari-nari burung kecapi,
Kecapi apa yang kau harapkan sebentar nanti di permulaan hari.

Waktu Tempatan: 3.30 A.m - sampai mataku pejam.
Tarikh Disangka: Khamis,25 Nov 2010
Logitud Lokasi: Alam Permulaan Hari.
Hati dan perasaan: Tetap kekal unggul menyintai sampai matahari terbenam berkali-kali~





Berbisik taubat~


Helaan nafasku penuh hasad dengki kehitaman,
Fikiran yang kotor mengilai jeritan,
Jari jemari menoda diri hina,
Mata melirik lama pada sang maksiat,
Kaki menyusuri ke arah lembah hutan belukar ,
Bibir ini andai didengar caci makinya, sampai mahu membunuh yang bernyawa bila mendengarnya..kebencian ternyata~

Sampai suatu saat terhenti,
Dari mana datangnya bisik-membisik,
Terlalu sakti..dalam hati.

"Hati berbisik taubat,kembalilah! masa sudah hampir"


Halus sahaja bisikan itu,
Sampai ku tak sedar ku berdiri dimana,
Berhenti di ruang masa dan rongga nafas,
Kelabu warna mataku~

Lalu ku lihat jari jemari berbuat dosa,
Lalu ku meraba ke wajah kering,
Lalu ku pandang pada kaki terhenti , busuknya diriku~

(tiada bangkai sebusuk pemilik tubuh, penuh noda yang mendosa bergunung-ganang)

Dalam sedar ku,
Bukan angan-angan,
Ilusi benar sementara tadi.

Mataku pecahkan air kaca kristal,
Tangan ku menyapu doa ke wajah,
Tidak mahu ku lepas tasbih dari jemari,
bibirku berzikir,
Langkahku sudah di sejadah putih,
Sujudku basah dengan air yang mengalir,
Air mata deruan ombak terlahir dari hati yang berbisik taubat.









Tuesday, November 16, 2010

Tujuh warna kesemuanya?

Tujuh warna terbit selepas awan duka menangis,
Tangisannya hanya didengari beburung terbang tinggi,
Terbitnya tidak mahu dibenci,
Ia cuma mahu memberi senyuman dan sapa buat pemandang.

Merah untuk warna hati,
Jingga mewarnai senja.
Kuning dimiliki mentari,
Hijau sepanjang jelapang padi huma,
Biru titisan air laut duka terbentang,
Unggu si bunga lavender.

Ada warna yang tertinggal?

Cantik,indah,terpesona dan terpukau pada mata yang memandang,
Namun ku sedih, kau hilang selepas malam tiba kerana cemburu,

Usah kau risau,
Usah kau ragu,
Usah kau buntu lagi..

Kau membias semua warna tujuh itu,
PUTIH yang SUCI.
S.U.C.I. itu cinta.
kerna hati ku terjatuh seputih si putih itu.

Wednesday, October 20, 2010

Suaru ku dihati siapa?

Suaraku dihati siapa?
Dihati orang yang mendengarnya.
Kalau orang itu pekak?
Masih punya hati yang bisa didengar dan dirasai dihati.
Hati itu miliku?
Kalau hati itu buta dan pekak?
Jangan pernah dipanggil manusia.
Setiap kejadian ada istimewanya.
Kesimpulanya?
Jadilah sebagaimana ia.
Tiada yang sempurna di dunia? Fitrah kehidupan?
Benar.
Tiada yang sesempurna selain dari NYA.
Benar dan itu benar.
Sekali malah ianya tepat.
Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.
Kalau ianya salah sekali pun tetap ada kebenarannya.
Walau tiada di depan mata tetapi ada yang menilainya.
Hati kan ada?
Tanyakan saja pasti dijawab.
Dan kadangkala,
Dijawab dengan persoalan sebagai jawapan.
Serta kadangkala, kita juga sendiri tertipu dek nafsu hati.
Bukan mudah mengawal diri hanya kekuatan IMAN dalam diri.
Menjadi benteng diri.
Tanpa usaha hilang semua itu~
Tanpa daya musnah segalanya~
Itu semestinya kita manusia di label manusia yang selalu alpa dek HARTA.
Dan lupa kerana dunia.
Manusia yang mencari lupa itu~
Sudah ketentuan Tuhan,
MANUSIA itu sendiri meberi erti LUPA~

Saturday, September 18, 2010

Soal Hati ~




Ku soal hatiku:

Apa mahu ku?

Kenapa begitu maksudnya?

Mengapa ada disitu?

Bilakah ini selesai?

Bagaimana cerita semalam?

(Beban otakku berfikir)


Ku soal hatimu:

Benarkah ini?

Kenapakah itu?

Siapakah maksudmu?

Kau tahu apa ku rasa?

Kemana perginya yang dulu?

(Senyap tak terjawab)


Ku soal hatinya:

Apakah kau tahu semua ini?

Mengapa sering kau begitu?

Mengapa kau abaikan dia dulu?

Kenapa berselindung disebalik rasa?

Mengapa kau sering bermain-main dengan kata?

(Jawab sejujurnya)


Soal lah hatiku, pastiku jawab sejujurnya.

Soalah hatimu, pasti kau berselindung di sebalik kata,

Soalah hatinya, hanya mendiam selagi tidak mahu berkata.

Monday, September 13, 2010

Warkah buat siapa?


Warkah buat adinda,

Adindaku,sampaiku menutup mata. Warkah ini takkan pernah berhenti untuk berbicara,seperti bait-bait rindu dan cintaku. Ku benar ikhlas menyayangi, bagaikan awam selalu indah. Takkan mahu pernahkan hujan di dalam hati, ku ingin mahu sentiasa denganmu. (Dalam hati: Pahit manis bercinta)


Warkah buat teman,

Wahai teman, usahlah kau berduka lara. Andai hatimu sepi kini. Aku temanmu di kala dikau sepi. Aku teman sepermainanmu. Aku pendengar terbaikmu. Aku sentiasa membantu walau bergadai nyawa dan harta (Dalam hati: Teman sejati yang perlu kita cari)


Warkah buat ayahanda dan bonda,

Duhai ayah..Duhai bonda..Anakanda kini jauh di pandangan mata, tapi hati ku sentiasa ingin bertanyakan khabar darimu. Ayah dan bonda, anakmu ini mohon maaf dan salah silap andai terkasar bahasa, tersilap tingkah laku yang buruk dek pandangan mata. (Dalam hati:Anak yang soleh dan solehah)


Warkah buat musuh,

Kau pengkhianat bangsa, tiada tempatmu disini wahai durjana, kau umpama anjing-anjing berkeliaran, hanya mampu menunggu hari mendapat balasan. Tiada cahaya kasih buatmu,pelesit. (Dalam hati: Kau tetap mush)

 

Warkah buat mahu mengenali,

Aku ini seorang yang tidak memiliki apa-apa di mata dunia, aku juga bukan penyair bangsa, aku juga seorang yang tidak mampu untuk meneruskan hidup ini sendirian, dan aku juga tidak mahu dikenali sepenuhnya, kerana ku takut bila kau mengenali ku, kau akan pergi dari sini. (Dalam hati: Kenali hati budinya)


Warkah buat pemimpin,

Duhai yang kami percayai, laksanakan tugasmu sepenuhnya. Jangan ada jaring-jaring hitam di hatimu kerana itu dusta. Tingkahmu kami perhati. Dari kaca mata kami,kau yang terbaik. (Dalam hati: Teruskan perjuanganmu).


Warkah buat diriku,

Duhai diri, bangunlah semula. Cantas segala dengan mata pedang yang tajam dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Iman di dadamu masih ada yang terselit. Taqwamu ada di setiap rongga nafasmu. Jalan hidupmu telah ditentukan,kau cuma perlu menyusuri jalan demi jalan dengan berfikir atas diri. (Dalam hati: Ini diriku.)

Friday, September 10, 2010

Jalan raya ~ Cari pasal!

11.00 p.m

"Ya! Masih lagi terus setia bersama kami Dj aj,santy dan niz disini. Hantarkan sms ucapan anda taipkan "KK NAMA LOKASI UCAPAN hantar ke 32776 atau telefeon kami 088-4480996". Kusyuk sahaja mamaku mendengar Dj-dj radio berceloteh pasal raya pertama. Entah apa yang seronok sgt dgr siaran tu smbil tergelak2 mamaku, aku dari tadi hanya mendiamkan diri, mempersetankan semua yang lalu di ruang telingaku. Fikiran ku kearah mana entah. Hanya memandang luar tingkap kereta dan mendiamkan diri. Aku terlupa, terima kasih kepada "empunya" brodband bagi membenarkan aku blogging dalam kereta ni. Entah apa khabarnya, sihat ke tidak, sms pun tidak..Kol?jauh sekali. Ndapala janji dia ok. kn? Pandangan mataku terhenti pada "Flat" nombor kereta yang baru sahaja memotong kereta papaku. SS 1455 K. SSK? (Dalam hati: Oi! Perli ke) ahh..kenapa semua ini masih mengamit fikiran dan perasaanku, dikala aku mahu semuanya dalam keadaan baik. Yap, sudah lama ku merancang sebenarnya. Kalau2 ada kereta sendiri, flat nombornya SS 2707 K. Nda kisahlah apa terjadi, sbb dari dulu lagi aku cinta SSK. Tapi untuk mencapainya, jauh sekali. Atau mungkin tak tercapai dek hati barangkali. Ahh..Biarlah hatiku binggung begini. Yang penting aku sendiri. Baru sahaja tadi kami berada di kubur arwah nenek, ni mau dekat KK sudah ni. Destinasi setiap tahun raya pertama, tanah tumpah darahku, Kg.Benoni,Papar. Perjalanan 1 jam. Boring.

12.00 p.m
Entah mcm mana, tiba2 aku tertidur. Indah dibuai mimpi yang aku sendiri tak faham kenapa mimpi itu kian kali menjelma. Zz..

1.00 p.m
Baru ja bangun dari tdur, mau smpai sudah! Laju papa bawak kereta. Padahal 60 km sejam. Biasalah, cara "old school" bawak kereta. Slow,steady and relax. Rumah pertama menjadi sasaran rumah arwah pak ngah, cucu-cucunya kian membesar. Ada yang smpai ku tak kenal wajah. Tgk2 dah besar pjg. uisk. Pantasnya dunia berputar, smpai aku tak sempat untuk berbuat apa2 lagi untuk diriku.~

1.30 p.m
Usai sahaja di rumah itu, kami singgah sebentar di "Teratak terakhir" yang menempatkan mereka yang telah pergi. Ku usaikan Surah yaasin dan alfatihah kepada arwah-arwah. Moga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tiba-tiba diri ini lancang je berbiacara "Mama, ini kubur siapa?". Ini nenek, itu atuk, itu pak ngah, itu pakcik. (Dalam hati~ Ramai yang telah pergi. Aku bila?) "Mama, nnt aku mau dikuburkan disini juga, disisi atuk, nenek, pak ngah,pak lang." Buntang sahaja mata mamaku. Terdiam. Entah apa yang difikirkannya. Aku pun tak tau kenapa aku berkata demikian. Smpai kah sudah masa ku?Wallahualam. Ku berlalu pergi smbil memandang ke belakang,kubur. Kosong~

2.00 p.m
Singgah sebentar di rumah abg saudara, ramai ditambah lagi dengan keretanya banyak. Memang orang kaya pun abg saudara aku ni, kereta da lebih 7 buah. Pening tgk kereta byk2~ Mahu ja ku minta satu ^^. Pemilik resort lagi. Memang patut dia dapat suma itu, sbb dia berusaha. Idola ku suatu ketika dulu. Tak banyak yang mahu ku cerita ketika ini, hanya duduk dan melihat Tv sahaja. Lantas, anak buah ku yang sudah lama tak kutemui muncul. Wah! Kedua-duanya sudah besar pjg+tinggi. Farah, ayu je bertudung. Awang,jerawatnya mematangkan wajahnya. Kami berbual pjg. (Padahal dlm hati ku, entah kemana).

3.00 p.m
Usai bersalaman, kami singgah lagi satu buah rumah yang memang dulunya ku membesar di rumah ini dulu, rumah arwah pak ngah. Kalau pak ngah masih ada, pasti aku kaya dengan "mercun" dan duit raya. Tapi suasana kali ini berbeza, pemergiannya dirasai setiap tahun, setiap kali raya menjelma. Masuk sahaja ke dalam rumah, kak long ada kat rumah. Laa...dah besar panjang anak-anak kak long. Laju je ku tanya, " Kak, anak kakak yang no.2 ni siapa nama" Siti Aqilah katanya. No.1 pula? Siti sarah. Gulp, menelan air liur. (Dalam hati ~ senyum). Cepat2 ku arahkan mata ku ke arah Tv. Layan abg ngah tgk tv g best. Citer pe tah! Tiba-tiba,abg ngah ajak ke pekan. Beli air untuk dihidangkan pada tetamu. Aku membontot ja di belakang. Abg ngah memberhentikan kereta di G mart, sekali lagi aku diperli. SS 3030 K di depan mataku. ( Dalam hati ~ ..................)

6.00 p.m
Kini, aku di dalam kereta, pulang ketempat asalku membesarkan. Jalan penuh sesak, banyak kenderaan yang memotong. Aku sudah malas memandang ke luar tingkap. Takut diperli berkali-kali. Entah, padahal hati..(R.....). Dan kini juga, sekejap lagi ku akan lalu di hadapan UMS. Ahh..Malas nya aku nak balik~ entah. Terngiang-ngiang setiap bait kata2mu. Ahh!~aku mahu lelapkan mata sebentar. Hujan diluar tingkap sana. Hujan dalam hati~




Wednesday, September 8, 2010

Pintu H.A.T.I

Pintu Hati...
Ku cuba membuka sekian kali,
Mengesek tombol pintu berkali-kali,
Tetap terkunci dari dalam,
Aku tertanya-tanya manakah kuncinya?
Hilangkah kuncinya?
Kau terkunci di dalam.
Aku ternanti di luar. Kebinggungan~

Pintu Hati...
Bayangkan ia hati manusia,
Kalau terhempas pintu itu, robek terhentak.
Mencantumnya semula perlukan pengorbanan,
Meski jari jemari ini terluka mengais satu persatu.
Itulah hakikat hati manusia,
Kalau terluka tetap berduka,
Parutnya tetap ketara meski dilitupi warna.


Pintu Hati..
Aku terduduk didepan pintu,
Menongkat dagu,
Berfikir ribuan kali,
Lalu ku menjungkit kaki,
Meninjau-ninjau,
Kalau-kalau kunci ada yang tertinggal,
Tetapi...lain yang ku temui..
Rupa-rupanya ada tingkap kecil di pintu itu,
Ku renung kedalam melaluinya,
Gelap tak berpenghuni,
Tiada sebaris cahaya yang menghurung,
Seperti tidak mahu memberi sedikit udara keluar darinya.
Dulu didalamnya penuh cahaya,
Ditemani lampu neon yang indah.


Pintu Hati..
Ku duduk semula dihadapannya,
Menulis namamu di lantai,
Ku rindu?Kau benci?
Ku kebinggungan, Ah!Persetankan semua.
Dimana kuncinya?
Tiba-tiba..
Terdengar gemersik bunyi yang kucari,
Bunyi kunci.
Ku seluk-seluk poket satu persatu,
Jari jemari ku laju sahaja mencengkam!
Mahu sahaja ku menjerit,
Mahu sahaja ku khabarkan satu dunia,
Ku sudah jumpa, Kunci Hati~
Pelik..Ada dua kunci?
Mana pintu satu lagi?

Pintu Hati..
Ada dua pintu?
Mengapakah? Bermonolog ku sendiri.
Pintu yang satu ini hampir sama sahaja,
Apa bezanya?
Apa kelebihannya?
Ah! Bukan itu ku mahu.
Ku cuma mahu masuk ke dalam pintu itu.
Dalamnya penuh dengan apa yang ku mahu.

Pintu Hati..
Ku matikan langkah,
Duduk diantara dua pintu,
seperti duduk diantara dua sujud.
Terdiam sementara tanpa sebaris kata.
Memandang kedua-dua pintu.
Tapi hatiku tetap pada pintu tadi.
Itu jawapanku. Pasti?

~ Azan subuh mengejutkan ku dari mimpi, baru sahaja usai istiqarah ditemani tahajud, ku lantas terlelap. Apa maksud mimpiku? Sehingga kini ku masih tak pasti, mungkin ada lagi sisa-sisa dosa yang perlu ku terima hukumannya. Dosa-dosa yang menyukarkan aku membuat pilihan dan tenang dari semua ini. Apa yang pasti, AKU MAHU KEMBALI KEPADAMU~

Tuesday, September 7, 2010

Sawang Lelabah.

Sawang lelabah..
Lebih halus dan putih..jernih.
Sampai mata pun tertipu dek keunikannya.
Terbina dasar "perangkap".
Mencari mangsa di setiap siling-siling hitam,
Tergantung diatas tapi tengahnya penuh dengan kekuatan penipuan.

Sawang..
Ku sentuh talinya..hairan?
Mudah saja ku putuskan.
Tidak kuat dan rapuh sekali.
Apa maksudnya?
Ini dikatakan "perangkap samar yang hebat"?

Lelabah..
Dari tadi mengerling,memerhati dan menunggu.
Matanya tidak pernah terlepas walau sesaat cuma.
Ada mata lapan?
Kaki enam?
Gerun ku lihat bentuknya.
Tuhan ciptakan suatu diluar jangkaan hati dan benak manusia.
Apatah lagi kita manusia tidak pernah tahu tentang sekarang.
Apatah lagi kita manusia tidak pernah tahu tentang zaman silam dan masa depan.

Sawang Lelabah..
Ku hanya memerhati dari tadi,
Umpama aku "lelabah" tadi.
Pemangsa.
Menunggu mangsa tak pasti.
Cuma pasti saat ini,aku menunggu.
Kerana aku penuh tanda tanya??

Saturday, September 4, 2010

L.c.O.i.V.n.E.t.a

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Terbitnya umpama matahari yang menyinar disiang hari..Kilauannya tiada tandingan bila mata memandang cahaya..Mata lantas terpejam..tapi tetap mahu dibuka untuk melihat warnanya..penuh dengan kepanasan cinta..Hakikat cinta itu dimiliki dan memiliki..

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Seumpama malam...kelam dan suram..tiada tiupan angin..tiada desus pantai yang mendayu..tiada lagi angin sepoi-sepoi bahasa yang mengigit tulang belulang..Hakikat cinta juga begitu..Kosong,keliru,terinaya...

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Sampai besok lusa pun kita takkan habis menelaah pasal cinta..cinta itu terlalu luas andainya..tapi methodologinya tetap sama bagi semua orang..perlukan dua insan dalam penyatuan hati..andai satu hati sahaja yang bercantum..cintakah namanya?

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Ironinya cinta ramai yang keliru meskipun sudah cinta didepan mata..tambahan,cinta dalam hati...Dua-duanya bersatu dalam delima..Kononnya pengorbanan mahu melepaskan demi kebahgiaannya..tapi tak pernah terfikir di fikiran insan "higusan"..bahawa yang menerima pengorbanan cinta itu sukar malah susah mendapat cinta...binggung~ bertambah hebat dramatik dan lakonan cinta inaya...lantas..semua merana..dalam pelukan tapi tangan kearah lain..Berapa ramai yang keliru..Cinta insan tak pernah untuk cukup..Cinta terinaya itu makbul doanya..

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Cinta..terbiasa kita mentafsir dari hati ke hati..pemikiran cuba dibaca..mungkin,tuhan mahu temukan dengan orang yang salah dahulu..supaya kita belajar dan mahu mempelajari apa itu kesilapan..lantaran kita kembali kepada asal..ke jalan yang lurus..kembali kepada pemilik cinta sebenar..siapa tahu?orang itu disekeliling kita?Malah didepan mata?atau dibelakang mata?Cepat fikirkan siapa orang?Teka dan jawab sendiri. Teka-teki yang sukar dirungkai. (itulah cinta).



Thursday, September 2, 2010

M.A.A.F

Hidup ini kalau tak memerlukan antara satu sama lain, bukanlah dinamakan hidup. Kalau kita perlukan orang tapi orang lain tak perlu dalam hidup kita,itu pentingkan diri.
Hidup manusia sehebat manapun takkan terlawan hebat Allah.
Hebat manusia itu cuma secubit garam yang Allah pinjamkan, Hebat Allah tidak pernah kita bayangkan,Lebih hebat dari yang kau tahu. Allah lebih Hebat dari semua itu.

P.E.N.G.A.M.P.U.N.A.N dari Allah itu sentiasa terbuka buat Hamba-hambanya yang hina lagi menhinakan. Tapi bagaimana kemaafan daripada hamba dengan hamba? Insan dengan insan. Manusia dengan manusia. Pernahkah kita terfikir? Salah yang kecil membawa kepada besar? Kesilapan yang kita tak sedar membawa kepada buruk dalam hidup kita. Kita terlupa meminta maaf. Andai kita sakiti hati hamba, selagi hamba tak memaafkan Allah juga begitu. Cuba kita renung kembali~ Amati kembali~ Ada? Selalunya kita mmg tak sedar.

M.A.A.F itu bukan suatu yang menghina diri sendiri, bukan suatu yang jahil, bukan suatu perkara yang bodoh, bukan membuat kejahatan, bukannya mati anak dibunuh.

K.E.M.A.A.F.A.N itu suatu proses mendamaikan jiwa, menjernihkan batin, memperbetulkan mana yang salah, memulihkan mana yang tersasar, memenuhi kembali mana ruang kosong dalam hati.

M.I.N.T.A M.A.A.F sebelum terlambat kepada yang pernah kita sakiti, sebelum ianya parah, sebelum ianya menjadi racun dalam hidup, sebelum ia sebati dalam diri.

Andaikata, kita disakiti tak kira banyak mana kebaikkan kita telah buat. M.A.A.F.K.A.N.L.A.H.. Mungkin itu proses TIMBAL BALIK.

Mungkin kita tidak pernah berfikir,

"Kita buat BAIK dibalas JAHAT. Mgkin dulu kita pernah buat JAHAT dgn orang lain. Kalau dulu kita buat JAHAT tapi dibalas BAIK. Mgkin dulu kita pernah buat BAIK dengan orang lain."

Methodologinya tetap sama~

Tuesday, August 31, 2010

Abstrak Hati ~

Ku bentang sebuah kertas kosong,
Sekosong hatiku kini,
Dulu penuh warna-warni,
Lantaran tertumpah warna hitam,
Kotor, tak cantik,hitam legam..
Ku cuba untuk melukis semula,
Mewarna dgn warna sukanya,
Setiap lakaran itu ku lakar dgn penuh cermat dan bahgia,
Agar ia terhasil penuh kasih dan syg,
Melukis setiap sudut indah wajah dia,
Menjadikan aku termenung sendiri,
Satu persatu ku amati..
Hebatnya ciptaan Mu..
Ku teringat tentang abstrak ini,
Bingkainya emas pakunya permata,
Helaian kertasnya dicarik dari benang sutera,
Agar ia terbina terlalu sempurna buat sesiapa yang memandang,
(sesempurna abstrak hatinya)
Agar Lukisan abstrak ini tiada setanding abstrak lain.
Andai ada yang mahu merobek helaian abstrak ini?
Bagaimana ku harus melukis semula?

Sunday, August 29, 2010

Pilih atau memilih.

Keperluan dan kehendak manusia itu tak sama sekali, terbias dari hati dan kemahuan yang tak pernah selari dengan pengetahuan otak,ego,ID dan SUPEREGO manusia.

Ada manusia itu hanya itu sahaja pilihannya, dia tak diberi pilihan untuk memilih kerana itulah sahaja pilihan terbaik tetapi dia berjaya dengan pilihan itu. ADAKAH MANUSIA ITU BERSYUKUR?

Ada manusia diberi pilihan untuk memilih antara dua, mana yang terbaik untuknya tetapi dia gagal untuk memilih kerana dia mahu dengan dua2 pilihan itu. ADAKAH MANUSIA ITU BERFIKIR?

Tuhan memberi kita peluang untuk membaiki satu persatu kesalahan dan kesilapan yang berulang semasa memilih. Supaya kita nampak,salah yang tercanai. Apa yang pasti?Sudah kah kita membuat pilihan dengan tepat dalam hidup ini? Jgn sia-siakan jawapan yang kita ada dan terbaik kerana jawapan itu takkan datang berganti,padabila ia pergi. IANYA MENJADI TANDA TANYA?

Apa yang pasti, aku sudah membuat sudah membuat PILIHAN TERBAIK dan bukannya JALAN KELUAR,bagiku JALAN KELUAR itu umpama kita melarikan diri dari apa yang kita hadapi. ITU SIA_SIA.

Sampai bila harus kita memilih? Bila berkata "Maaf ku tak bisa memilihmu". Keputusan telah dibuat walaupun hati.........................

Thursday, August 26, 2010

Dunia barukah itu?

Bumi, kalau kita amati tercipta diatasnya tumbuh-tumbuhan menghijau disertai pergolakkan udara..Lengkap satu pusingan matahari terbenam dan terbit,Siang malam dan pagi dinihari,Setiap detik setiap saat..Umpama kau dan aku..Memerlukan..tapi berbeza dari sudut pandangan hati..satu ketimur dan satu kebarat...smpai kehujung sana belum pasti ianya bercantum..Ditimur, terbitnya pelangi..indah..Biru,merah,kuning..smpai kau terpesona memandang...tidak berkelip pandangan mata...bergedup sang arjuna jiwa..Dibarat,hujan..lebat..menengelamkan seluruh pelusuk insan..banjir dimana...hujan dalam hati tak berhenti...hanya mampu meminta tolong dan bantuan...Pada Tuhan..Kawanku kata:"Sabarlah kau sahabatku dengan banjir itu, ada hikmahnya yang tersendiri dan akan menjadi kebaikkan dirimu, walau byk penyakit seperti kusta dimasa banjir sekali pun itu adalh dari Tuhan". Aku terpingga-pingga dengan katanya,ditimur ada pelangi cukup indah dan terbias warnanya dan takperlu untuk menghadapi banjir..Aku terkena banjir kilat malah memburukkan keadaan lagi aku hampir mati lemas haritu? Apakah hikmahnya? Tuhan sahaja yang tahu..Cepat-cepatku beristigfar..Tak mengapalah.."Sabar dan bersabar sahaja aku mampu seumur hidupku". Itulah hakikat dunia...dan kita tak mampu mencipta dunia yang baru walau dunia baru itu lebih baik daripada dunia yang lama...tetapi sebenarnya dunia lama itulah terbaik..kita sudah terbiasa menghirup udara segar didalamnya..gelak ketawa di atasnya...mengira bintang-bintang hari demi hari...Ya Tuhan..Apakah semua ini?Kau umpama memberi tanda ku akan masuk kedasar bumi.

Wednesday, August 25, 2010

Cukuplah;

Cukuplah semua ini singgah buat sementara,
Walau ianya terlalu menyiksa tapi tetap ku anggap suatu terindah dalam mimpiku,
Tak pernah ku fikir ku berhenti di mana-mana,
Tapi jalan yang ku jumpa menyiksa fikiranku untuk meneruskannya lagi,
Ku harap "kunci hilang" itu sudah kau temui,
Ku tak mahu mengharap lagi,
Aku kalah di dalam lembah sampah,
Terhunus dihujung mata pedang,
Singgah tepat ke dasar hatiku yang sudah berparut,
Dan luka kembali lagi.
Kali ini, usah kau beban aku.
Aku sudah rela lebih rela umpama anak mati dibunuh,
Aku merayu kau kembalilah,
Aku mahu di sini sendiri, di dalam sampah ini.
Aku sudah selesa disini, bersama najis-najis busuk.
Cukuplah'

Tuesday, August 17, 2010

Ini.

Ini,
Suatu pengkhianatan yang sering berlaku,
Disusun dengan adegan-adegan palsu,
Umpama patung menari-nari dengan talinya,
Padahal hatinya tidak mahu menari bersama.

Ini,
Kau dusta. Kau tipu. Kau bohong.
Aku terdusta. Aku tertipu. Aku terbohong.
Tingkah mu. Sakitnya hati tak tertahan.
Egomu. Degilmu seakan mencabar.

Ini,
Aku binggung. Aku haru biru seakan kelabu.
Lalu ku biarkan semuanya berlalu.
Biar aku jauh dari hari-harimu.
Aku mahu saja mati untuk ini.
Ini,
Suatu pengkhianatan yang sering berlaku,
Disusun dengan adegan-adegan palsu,
Umpama patung menari-nari dengan talinya,
Padahal hatinya tidak mahu menari bersama.

Ini,
Kau dusta. Kau tipu. Kau bohong.
Aku terdusta. Aku tertipu. Aku terbohong.
Tingkah mu. Sakitnya hati tak tertahan.
Egomu. Degilmu seakan mencabar.

Ini,
Aku binggung. Aku haru biru seakan kelabu.
Lalu ku biarkan semuanya berlalu.
Biar aku jauh dari hari-harimu.
Aku mahu saja mati untuk ini.

Monday, July 26, 2010

Suatu yang tak terjangka;

Makin ku tak menyangka, masa berlalu dengan begitu amat pantas sekali dalam seharian kita. Kalau dulu aku berada di negeri yang tak kusangka akan ku jejak tanahnya. Dan kini aku sudah melonjak ke alam "Universiti" semula. Banyak perkara yang perlu "Diperbetulkan". "Pelajar yang belajar", "Kaki cakap yang bertugas di konti", "Anak kepada dua orang ibu bapa" dan cuma ada "sesetengah" perkara yang belum selesai perlu dilambatkan. Mungkin "Masa" sudah menjadi jawapannya. Dan aku hanya perlu menunggu dan terus menunggu sehingga ianya "Pasti". Dan apa yang paling penting sekarang "ini". Hidupku perlu dibarisi dengan "positif" semula dan aku takkan mengalami "Kesakitan mental" lagi. Aku akan cuba meneruskan semula sekali lagi demi semua. PERSETANkan segala hal , baiki jaring-jaring yang telah lama bocor. Aku yakin aku akan "langsaikan" semua ini dengan baik. "Buku baru" perlu di selak semua, buku lama harus dikoyak".

Sunday, June 13, 2010

Puisi bukan untuk ku

Duhai puisi..
Dia wangian bunga levender..
Yang memberi bunganya sebagai pengorbanan..
Menjadi hiasan dan haruman di kala sepi..
Dan takkan berhenti memberi bunganya..
Selagi bunganya masih ada disini..

Duhai puisi...
Pelangi nan indah..
Yang memberi warna dalam kelam..
Biru,merah,putih dan kuning..
Tetapi lenyap selepas malam menjelma..
Hanya menunggu hujan nan tak pasti?

Duhai puisi..
Mana satu mahuku?

Duhai puisi...
Tatkala berjauhan di ranjau mata..
Percaya dan setia dihati...
Antara penyelamat cinta..
Menilai diri sendiri..

Duhai puisi..
Andai hati ini kau calari dan dustai..
Mengapa hati nya kau ubati dan dimanjai?
Umpama membina mimpi-mimpi sepi..
Kusut sendiri..sedangkan ia telah pasti..

Duhai puisi..
Bukan ianya dipinta begini..
Tidak mahu diperlaku seumpama..
Tidak mahu berbicara begini..
Cuma ingin mengerti...
Usah begini tapi berhentilah disini..
Kembalilah puisi..
Kembalilah hati..
Kembali kepadaku..
Kembali kepada yang pasti..

Monday, June 7, 2010

Its about time.

Ku susuri hidup ini semula dengan penuh sabar dan tabah.
Banyak dugaan dan cabaran yang mendatang.
Siang dan malam ku berteman doa dan airmata. Supaya apa yang kau dan ku lalui berakhir dengan baiknya.
Supaya apa yang dirasa sentiasa tersemat dan bersyukur.
Mngkin aku hampir terjatuh dan tak mmpu untuk bangun lagi semula.
Sakit yang dirasa begitu tiada peritnya..Hanya hujan dalam hati disusuri hujan batu menghempap hati. Pedih dan luka.
Tapi Allah telah memberi ketenangan dalam segala hal.
Sakit bertukar bahgia. Sudah tiada lukanya walau masih ada parut yang tertinggal.
Walau kdg kala ku sukar mentafsirnya. Adakah pasti?Aku yang dihadapan mata?...???
Biarlah aku berkorban hati dan perasaanku. Demi membuatkan dirimu bahagia.
Mungkin, "Its about time". Ini jawapan terbaik kini.
Ambillah selama mungkin, Walau... smpai akhirnya nnt..jawapan yang kau berikan ianya bukan miliki ku lagi.. :'( Suatu jawapan yang benar ku takuti. Hrp ianya takkan terjadi. Amin.
Aku nyatakan bukan aku kalah dan menyesal tapi aku sudah berusaha, redha dan pasrah ketentuanNya. Aku menyesal membuatkan kau begini.
" Biarlah kita jauh, supaya kita dapat menilai diri sendiri~ OST Adamaya"
Sedang adam dan hawa berpisah dan akhirnya bertemu.
Apatah lagi kita,manusia hina. Yang tak punya apa2. Cuma ada hati yang ingin bahagia.
Aku tetap menunggu smpai ianya pasti dan mesti.
Aku tetap disini menanti.
Aku tetap dan nekad,menanti dan terus menunggu dengan SETIAKU.
Apa yang dilalui, aku pernah merasai..pedihnya..sakitnya..sukarnya..makin kita ingin melupakan..makin kita mengingati..
Apa yang dirasa,itulah penawar sakit sebenarnya. Sampai kita sedar dan redha di depan mata, sakit itu adalah terbaik untuk kita.^^

Dengar laguku untukmu:~





Munajat Cinta ~ The Rock Feat Ahmad Dhani.

Wednesday, June 2, 2010

Puas sudah ku mencuba.

Sekian lama ku berfikir,
menilai mana baik dan mana buruknya,
demi kebaikkan kau dan aku,
kali ini dan mungkin smpai bila2,
dan hanya aku yang mmpu untuk beralah,
aku pun tak pasti,
cuma mgkin menunggu kau berubah dengan relamu,
tapi bukan untukku tapi dirimu,
biarlah...aku fikir kawan biarlah beribu,bercinta hanya seorang..
wlu terasa nilai sakitnya, aku gah kan diri juga demi mu,
kerna itu pintamu..pintaku pula?
Aku pasrah andai ada dua syg dalam hatimu,
smpai kau pilih terbaik untukmu,
ku tahu kau telah mberi kata putus terbaik,hanya aku..
tapi hanya Tuhan yang lebih mengetahui..
Smpai aku sendiri tak pasti,adakah benar aku?
ku harap ianya mendtgkan kebaikkan untuk mu..
Ku harap kau tahu isi hatiku..
aku sentiasa berpegang pada satu,
tiada duanya..
Ini usahaku,ini dayaku,smmpuku..SETIA UNTUKMU.

Tuesday, June 1, 2010

Doaku.

Ya Allah..

Andai aku kecewa...
Dtgkanlah kepadaku insan yang menghapus segala duka laraku.
Yang membalas cintaku dan membawa kepadaMu.
Jadikan dia terbaik buatku.

Andai aku sakit..
Tarbiahkan aku kesakitan yang membawa kepada kesembuhan.
Melihat segala kepahitan yang dirasai.
Supaya aku kenal apa itu bahagia.

Andai aku pergi..
Biarlah aku pergi dgn redhaMu.
Tenang dalam keimanan.
Hilangkan segala azab Mu di sana nnt.

Aku,

Redha.. Ketentuan dariMu.

Pasrah.. Apa yang berlaku.

Gembira.. merasakan cinta dihati.

Tersenyum.. dengan apa yg ku pandang, kerena ia satu permulaan bagiku.

Cinta.. Usaha sudah terlaksana dan sudah berserah segala-segalanya.

Ameen~

Sunday, May 30, 2010

Sampai bila??


Until??
Apa kah yg kurasakan ketika ini..Pedih, sengsara, sedih, duka, pilu, kesima, terasa terlalu pahit ku rasakan. Knpa ssh sgt cinta kali ini? Apakah silapku sehingga aku jadi bgini. Terasa dipermainkan, terasa diperbodohkan, terasa diabaikan, terasa diperkotak-katikan, terasa tidak dihargai. Aku tak minta cinta ku dibalas, aku tak minta cinta ku diagungkan, Ya Allah...Hanya namaMu mampu ku sebut. Betapa sakitnya terasa di dalam hatiku. Bengkak. Luka. Calar. Berlinangan air mataku.
Cukuplah sekadar kau hargai cinta ku ini, tanpa ada orang lain dihatimu. Adakah terlalu susah permintaan hatiku? mmg terlalu susah bagimu dan mmg terlalu susah bagi ku untuk menerima. Dugaan ini kenapa terlalu sukar bagiku untuk menghadapi. Adakah kau tidak memahami? atau aku yang tak mampu untuk memahami hatimu.
Sabar??
Sampai bila harus ku bersabar? Ketahuilah kesabaran ku ada batasnya. Sampai waktunya, jgn smpai aku menghempas segala. Aku pun tak mengerti mengapakah aku terlalu sabar untuk kali ini. Mungkinkah aku sudah putus asa dan kau tidak pernah sama sekali?
Mohon?
Ku pohon, kesabaranku setinggi gunung, kesabaranku seteguh karang dilaut, kesabaranku dibarisi airmata, airmata penemanku tika ini..

Friday, May 14, 2010

Menghitung detik waktu.

Hm... tup tap tup tap..
Dah hampir seminggu aku berada di peninsular.
Sekejap ja masa ni berlalu.. Tgk2 bisuk sudah mau pi mendaftar masuk U balik.
masuk U byk lagi perancangan yg belum di selesaikan ni.
Seminggu juga aku berada dirumahnya.
Familynya memang friendly, sporting, baik hati sgt, rapat antara satu sama lain.
Mak dia seorang yang suka bercerita. Mcm2 cerita yang sa kongsi.
Abah pula, seorang yang sporting dan lucu2 ni. Senang ja mau bergaul ngan abahnya.
Adik lelakinya seorang yang sgt2 manja dgn kakaknya.
Adik perempuannya, masih belum lagi ku kenali sepenuhnya.

Namun, apa yang pasti. Ku ingin akhiri ini semua dgn secepatnya. InsyaAllah. Mudah2an. Amin.

Tuesday, May 11, 2010

Welcom Niz.

Fuh...smlm tgu flight bukan lama lagi...adoyai..Flight yg septutnya jam 6.30 p.m..Tiba2 ni kena delay..naaa..Jam 8.30 la tu kapal terbang..Nerves juga mau naik kapal..besalah hampir 2 tahun aku nda naik kapal ni..tambahan lagi..aku hmpir2 melupakan negeri kenangan..fuh..harap2 smpai disini sajala ceritanya..Naik ja flight, mau tercabut sa punya jantung.. gilalah..bygkanlah..betapa laju kapal tu..Sepanjang penerbangan selalunya sa tidur..taip kali ni..bersembangla dengan budak UMSKAL juga..koa phing..bersembur bahasa mandarin ku..hahah..walau ada juga yg nda fhm..tapi oklah...at least..sa dpt kawan baru...fikir2 dalam sebulan berapa ramai kawan yg sa dpt???huhu. Alhamdulillah...Smpai ja di airport hampir2 jam 11.. Nda sngka insan yg ku syg snggup mnuggu lama wlu pun flightnya lebh awal..malah yg lebih mengharukan..nda dia keluar2 dari tmpat menggu wlu fmilynya da smpai. Thanx alot. Dlm perjalanan. Besalah, mcm2 perkra yg di borak dan diguraukan. Beruntung ada fmily mcm ni. Rapat, gembira, berkongsi mcm2. Singgah makan kejap. Perg. Lapar jugala. smpai dirumah. Tidur la. Kisah kami akan bermula.

Friday, May 7, 2010

Tamat Akhirnya

Akhirnya.. Fuhh... Aku menghembus lega.. exam sem 2 berakhir juga.. Paper terakhir, kaedah penyelidikan..bila ku renung kembali semua subjek yang kutempuhi..harapan untuk mendapat 3.0 mungkin jauh dari pandangan mata..apatah lagi untuk mengengam..Semester ini tak taulah kenapa byk sgt dugaannya.. Hampir aku jatuh..tapi aku masih boleh berfikiran waras untuk menempuhi segala rintangan yang mendatang...hmmm.. pejam celik..pejam celik...da hampir setahun aku bergelar pelajar..Bila ku kenangan kembali..byk suka duka yang ku tempuhi..ada pahit..tak kurang manisnya...dalam hampir setahun ini..banyak perkara yang telah berlaku...namun, apa yang pasti..ianya mematangkan pemikiran.. Lagi 2 tahun akan kutempuhi semua ini..aku takut pemikiran dan hati ku smpai ke penghujungannya..tiada lagi minat untuk belajar...dan sudah tak mampu..tapi kerana aku hendak berjaya..ku tempuhi juga...Adui, apa la yang ku fikirkan ini.. sepatutnya tidak keluar pun disini..tapi apa yang terlintas dari pemikiran..tangan ni laju ja mau menaip... Sudah lama aku tak bermuhasabah kendiri..menilai sejauh mana kemampuan ku setahun ini..banyak kah memberi faedah kepada keluarga? kawan2? apa yang ku buat selamat setahun ini.. ini ku kenang kembali..demi matlamat yang ingin ku gapai..merubah nasib keluarga.. pasti semua ada niat yang sama...tapi caranya...amatlah berbeza..mampukah aku hadapi?? tanggungjawab sebagai seorang anak yang paling atas..arhhhh.... atau banyakkah kesilapan yang telah ku lakukan??apa lagi?? buntu sendiri aku bila aku berfikir.. aku ingin menangis atas kejayaan ku..tapi ku tak pernah merasakannya..

Thursday, April 22, 2010

Mana tempat ku??Persoalan demi persoalan.

Di mn tempat ku di sisi?
Apakah tempat itu masih jadi rebutan walau sudah nyata hadirku?
Adakah kekuranganku menjadi peluang untuk orang lain menembusi tembok itu?
Atau hadirnya terlebih dahulu menjadi asasnya?
Mungkinkah aku yang merasa perasaan ini seorang ini?
Persoalanya disini ialah Aku sendiri tak tahu?

Sunday, April 18, 2010

Sudah terlalu lama.

Hm..
Lama tak berkeudara disini..tanggungjawab dan yang dipertanggungjawabkan telah menjadi sebahagian daripada hidupku seorang pelajar..

Study?? So far..Oklah..Exam sudah mulai dekat..Otak masih belum ku perah sepenuhnya. Sukar sudah ingin ku ulangi kejayaan yang tak membanggakan ku..apatah lagi mereka yang memberi harapan..mmg aku tak pernah membanggakan siapa2..asyik menyakiti adalah..

Love?? Mcm lagu Aiman-Cinta Terakhir. Sapa dengar, hayatilah lagunya. Byk hikmah dalam tu. Cerita yang sukar diungkap. Kejap ok. Kejap tak ok. Aku pun tak taulah. Ada unfinished Bisness yang belum lagi selesai. Ahh. Aku seperti terhimpit sendiri. Malaslah mau fikir lagi. Walau sudah nyata. Miliku. Tapi hati? Ntah. Emo.

Aku?? Life still goin on. mcm biasa..Heppy, ceria, Berjaya.. Walau terselit Duka, muram..Dusta?

Hati?? Cuma luahkan apa yang dirasa, tiada niat apa dan bermaksud apa2. Aku pun taksedar apa yang ku nyatakan. Laju je menaip. Maaf segalanya andai tak pernah bahagia dengan apa semua dirasai. Aku ingin bersendirian.


Monday, February 8, 2010

Sudah sekian lama???

Aloo...
uina,lama betul nda mencoret2 disini kan??
maafkanlah diriku.
Terlampau busy dgn sesi pengkuliahan dan sesi perdatingan. heheh.
Ndabah. Nda lama lagi mau cuti tahun baru cina.
Naa...berabis la sa tdur ni.
K tu jala. nnt coret3 lagi. Mau smbung wat K.P. daa..

Wednesday, January 6, 2010

Merasakan apa yang ku rasa.

Kusentuh jantung tepat didadaku.

Cuba untuk merasa getarnya.

dup..dup..dup...

Tenang?bingar?

Rasa tak apa yg kurasa?
Hanya yg pernah mengalami dan tahu sahaja akan faham.

Hendak ditafsir sakit,
Hendak ditafsir gembira,
Hendak ditafsir derita,
Hendak ditafsir bahagia,
Hendak ditafsir merana,
Hendak ditafsir pelangi?

Apa yg pasti, kumerasai apa yg kurasa. Dan aku perlu terus hidup dengan apa yang kurasa.

Tanpa melonjak semula ke belakang.

Tak perlu ditafsir lagi apa yg ku rasa. Aku sudah biasa.

Monday, January 4, 2010

Aku lemah tanpa apa?

Lemah tanpa udara.
Lemah tanpa darat.
Lemah tanpa air.
Lemah tanpa angin.
Lemah tanpa ilmu didada.
Lemah tanpa pengetahuan.
Lemah tanpa bicara.
Lemah tanpa kelu.
Lemah tanpa rindu.
Lemah tanpa kasih.
Lemah tanpa sayang.
Lemah tanpa dia.
Dulu tak pernah ku selemah ini sejak mula ku kenal erti cinta.

Saturday, January 2, 2010

Hanya.

Hampir gundah gulana.
Bila.

Hanya satu Derita,
Hanya satu Sengketa,
Hanya satu Propaganda,
Hanya satu Khilafnya,
Hanya satu.. satu.

Dan bila ku termenung dan mendagu, Berfikir.

Hanya satu Kasih,
Hanya satu Lagu,
Hanya satu Puisi,
Hanya satu Cerita,
Hanya satu Percaya,
Hanya satu Kasih,
Hanya satu Sayang,
Hanya satu Cinta.
Sudah cukup benar aku mencintai mu sarah setulusnya..