Wednesday, September 8, 2010

Pintu H.A.T.I

Pintu Hati...
Ku cuba membuka sekian kali,
Mengesek tombol pintu berkali-kali,
Tetap terkunci dari dalam,
Aku tertanya-tanya manakah kuncinya?
Hilangkah kuncinya?
Kau terkunci di dalam.
Aku ternanti di luar. Kebinggungan~

Pintu Hati...
Bayangkan ia hati manusia,
Kalau terhempas pintu itu, robek terhentak.
Mencantumnya semula perlukan pengorbanan,
Meski jari jemari ini terluka mengais satu persatu.
Itulah hakikat hati manusia,
Kalau terluka tetap berduka,
Parutnya tetap ketara meski dilitupi warna.


Pintu Hati..
Aku terduduk didepan pintu,
Menongkat dagu,
Berfikir ribuan kali,
Lalu ku menjungkit kaki,
Meninjau-ninjau,
Kalau-kalau kunci ada yang tertinggal,
Tetapi...lain yang ku temui..
Rupa-rupanya ada tingkap kecil di pintu itu,
Ku renung kedalam melaluinya,
Gelap tak berpenghuni,
Tiada sebaris cahaya yang menghurung,
Seperti tidak mahu memberi sedikit udara keluar darinya.
Dulu didalamnya penuh cahaya,
Ditemani lampu neon yang indah.


Pintu Hati..
Ku duduk semula dihadapannya,
Menulis namamu di lantai,
Ku rindu?Kau benci?
Ku kebinggungan, Ah!Persetankan semua.
Dimana kuncinya?
Tiba-tiba..
Terdengar gemersik bunyi yang kucari,
Bunyi kunci.
Ku seluk-seluk poket satu persatu,
Jari jemari ku laju sahaja mencengkam!
Mahu sahaja ku menjerit,
Mahu sahaja ku khabarkan satu dunia,
Ku sudah jumpa, Kunci Hati~
Pelik..Ada dua kunci?
Mana pintu satu lagi?

Pintu Hati..
Ada dua pintu?
Mengapakah? Bermonolog ku sendiri.
Pintu yang satu ini hampir sama sahaja,
Apa bezanya?
Apa kelebihannya?
Ah! Bukan itu ku mahu.
Ku cuma mahu masuk ke dalam pintu itu.
Dalamnya penuh dengan apa yang ku mahu.

Pintu Hati..
Ku matikan langkah,
Duduk diantara dua pintu,
seperti duduk diantara dua sujud.
Terdiam sementara tanpa sebaris kata.
Memandang kedua-dua pintu.
Tapi hatiku tetap pada pintu tadi.
Itu jawapanku. Pasti?

~ Azan subuh mengejutkan ku dari mimpi, baru sahaja usai istiqarah ditemani tahajud, ku lantas terlelap. Apa maksud mimpiku? Sehingga kini ku masih tak pasti, mungkin ada lagi sisa-sisa dosa yang perlu ku terima hukumannya. Dosa-dosa yang menyukarkan aku membuat pilihan dan tenang dari semua ini. Apa yang pasti, AKU MAHU KEMBALI KEPADAMU~

No comments:

Post a Comment