Tuesday, November 30, 2010

Muka Surat 1;

"Dengan lafaz sekali nafas ku menyebut NamaMu ya Tuhanku Yang Maha Mengetahui lubuk naluri terpendam jauh, Agar mudah bagi ku lurus dalam niat mencapai hasrat berkasih sayang"

Jari menyusuri pena ini sekali lagi, mungkin ada bait cinta, mungkin ada persengketaan, mungkin ada perkenalana ukhwah, dan mungkin ada perjuagan yang belum selesai.
Biarlah saya bahasakan diri sebagai "aku". Supaya dekat dengan pembaca.

"Alhamdulillah" papa ku menyebut. Tersenyum. Pilu hati hati sang ayah.
Dikala menunggu kelahiran yang pertama kali dalam hidup. Papa mengazakan telinga ku.
Sejuk pilu menusuk ke dalam jiwa. Syukur aku di lahirkan dalam islam yang jitu.
Termaktub perjanjian di alam roh, bersumpah roh itu dengan nama Tuhan.
Lahirnya aku membibit suasana gembira tak terhingga.
Diberi nama, Aku "Mohd Nizhamul Hayat" sepunya diri. 7 jan 85.
Nama itu termaktub dalam hidup ku.
Ertinya "Peraturan kehidupan yang terpuji".

Mama dari tadi tersenyum melihat gelagat si papa.
Kejap berdiri, kejap duduk, kejap mendukung dan tidak senang duduk.
" Asyik menangis bayi ini" kata papaku.
" Budak bang, apa yang dia tahu, menangis kerana takut dengan dosa noda dunia" Balas mama.
"Sama wajah budak ini dalam mimpiku" kata papa lagi.
"Ya, saya ingat cerita itu" mama lalu tersenyum.


Meniarap, Merangkak, Belajar berjalan lalu berlari laju~

Genap umur ku 5 tahun. Seorang yang comot, berhingus, baju selalu sahaja kotor, lompak dan lumpur detinasi petangku serta selalu sahaja merajuk. Ah? Terkenang ku dulu, peristiwa ku masuk parit. Kononnya belajar berbasikal, kaki tak sampai, bontot apatah lagi, kekiri kenanan, entah bagaimana silap "stering",'stering" jadi mangsa padahal silap sendiri, terhumban aku dengan basikal mountain bike dibeli papa. Yang lucunya, sebangunnyaku siap makan kangkung~ rakanku sepermainan ku cuma mengeleng2, kawan-kawanku memang mengenali ku sebagai "lagenda budak nakal".

Apatah tidak, hutan belakang rumah, lumpur, sawah padi, memanjat pokok mangga yang tinggi, melastik burung di angkasa dan macam-macam "experimen pembedahan" ku lakukan pada binatang seperti cicak memang selalu, ayam ku kejar, kalbun tembak pakai senapang kayu (sopan skit huhu), kerbau baling guna batu, lembu?memang makan mercun kecuali lipas. Eee...lipas! Geli aku. Mahu terbang dengan penyapu. Semua itu aktiviti harian ku. Hidup mesti bebas mungkin motto hidupku dikala itu.

"Esok nong pegi sekolah tadika ya?" kata mama ku lembut.
"Sekolah? Sama tempat manja dan beecher ka? jawabku.
Manja jiran ku sewaktu kecil, begitu juga chrisher, beecher dan micheal.
"Ya sayang" tambah mamaku.
"Oh.." Jawabku mudah.

Berbunga riang jiwaku dikala itu, tapi langsung hilang bila kawan mengajak bermain. Apakah sekolah itu sebenarnya?tertanya-tanya juga sewaktu bermain. Ah?persetankan semua itu. Mungkin aku sudah besar dan perlu ke sekolah jawab ku sendiri. Papa belikan ku kasut, beg, "pencil case", pemadam, pengasah pensil, pembaris. Apa yang ku mahu, ditunaikan sahaja. Siap beli bekas air berwarna pelangi. Riang hati ku.

"Lau she chau annnn!!" Langsung tidak ku fahami maksudnya. Cuma berpura-pura mengikut gerak bibir rakan sebelah. Ramai murid-murid berbangsa cina dalam sekolah ku ni. Aku?pelik kenapa aku belajar bahasa cina?Yang juga pasti, jiran ku juga bersekolah di sekolah yang sama. SRJK TADIKA (C) CHEN SIN, TUARAN. Ah. Janji ku sekolah. Tidak ku sangka aku akan belajar di sekolah ini, apa yang pasti kata papa ku dulu, supaya kita tahu bahasa orang lain. Masa tu, ku dikelas "Apple", jiranku pula " di kelas "strawberi".

Perangai ku berubah sedikit, dimasa tadika. Pendiam, kurang aktif, dan pasif. Entah mengapa.

"Hi saya johan" tersenyum rakan sebelahku iras-iras wajah cina.
"Ini Hyder" Tambahnya lagi.
"Saya nizmul" entah macam mana nama itu terpacul keluar dari lidah. Melakat sampai sekarang.

Kami bertiga jadi rakan baik sampai umur 6 tahun, kemana kami pergi. Disana lah kami bertiga. Biasalah, kawan masa budak-budak ni untuk bermain sahaja. Nanti ku ingat semula cerita lama ni, Semakin pudar di ingatan. Yang ku ingat skrg ni, Hyder sudah jadi Artis Akademi fantasia walau terkeluar pada peringkat awal dan Johan semestinya, anak dato' sudah kaya rasanya. Lama tidak ku temui mereka. nanti sambung cerita di masa sekolah rendah, SRJK (C) CHEN SIN pula. Pening mengatur ayat. Hahha.~ Sambung...

Sunday, November 28, 2010

TekaTekiSilangKataHati~


"Dengan Nama Tuhan ku menyebut, Yang Maha Tahu dan Yang Maha Penyayang. Ingin benar ku berkasih dan sayang sekali lagi denganmu yang tercipta dari rusuk kiri sang lelaki ^^ "


SampaiMasaBicaraIkutKataLisanHati,
TercanaiDiJejariSepuluhIniAgarBisaKauMengerti,
OtakMasihLagiLigatBerpusingMencariKataIndahNanTerbaikKini,
MelakarApaItuTekaSilangKataHati,
HukumKarmaLigatBerpusingMencariWarnaWarni,
SampaiSesakNafasmuBicaraCintaIni.

(Baca dengan satu lafaz dan nafas sahaja~Sampaikah nafasmu?Lancarkah lisanmu?Biar sesak nafas,biar tungang-langgang lisanmu seperti nawaituku pincang olehmu)

Dari,
Awan putih yang bergerak menjadi hitam tak tertahan,
Menghasil benih hujan hikmahnya rahmat Tuhan.

Ombak laut yang menyapu pantai,
Bingkisannya terbitkan mutiara berterabur di landai.

Mentari terbit pagi seorang diri,
Ditemani embun pagi sejuk menyepi sekali.

Mahu kau tahu,
Dari Awan,Ombak dan Mentari timbul ilham cinta ini,
Terbias dari rahsia luh Mahfuz,
Teka teki hati menyilang merobek diri.

Teka silang kata hati makin sukar temui jawapan,
Ku garis ke atas, ku garis kebawah,
Satu persatu ku lorek, satu perdua jawapan yang tak sah,
Ku di belenggu dengan jawapan sendiri.

Mungkin saat ini,
Ku sudah temui jawapan pada teka silang kata,
Mungkin detik nanti,
Ku akan temui jawapan yang pelik,
Mungkin masa ini,
Ku makin sukar berkeputusan "ya".

Hanya ku tahu,
Biar ku dengan rasa ini.
Sampai rasa itu mati dan bermain dengan teka tekinya sendiri.

Cuma satu ku pasti,
Ku ingin berlari sekuat hatiku, darimu yang merobek segala sesalan lalu~

Wednesday, November 24, 2010

Mataku tidak mahu kelam~`

Mataku tidak mahu padam~
Padamkan lampu, tapi tidurku dalam jaga~
Jagaku berteman lampu terang~
Terang benderang! sebentar lagi dinihari subuh~
Subuh menjelang azan berkumandang~
Berkumandang terbukanya permulaan alam~
Alam sekejap lagi muncul mentari~
Mentari menari-nari burung kecapi,
Kecapi apa yang kau harapkan sebentar nanti di permulaan hari.

Waktu Tempatan: 3.30 A.m - sampai mataku pejam.
Tarikh Disangka: Khamis,25 Nov 2010
Logitud Lokasi: Alam Permulaan Hari.
Hati dan perasaan: Tetap kekal unggul menyintai sampai matahari terbenam berkali-kali~





Berbisik taubat~


Helaan nafasku penuh hasad dengki kehitaman,
Fikiran yang kotor mengilai jeritan,
Jari jemari menoda diri hina,
Mata melirik lama pada sang maksiat,
Kaki menyusuri ke arah lembah hutan belukar ,
Bibir ini andai didengar caci makinya, sampai mahu membunuh yang bernyawa bila mendengarnya..kebencian ternyata~

Sampai suatu saat terhenti,
Dari mana datangnya bisik-membisik,
Terlalu sakti..dalam hati.

"Hati berbisik taubat,kembalilah! masa sudah hampir"


Halus sahaja bisikan itu,
Sampai ku tak sedar ku berdiri dimana,
Berhenti di ruang masa dan rongga nafas,
Kelabu warna mataku~

Lalu ku lihat jari jemari berbuat dosa,
Lalu ku meraba ke wajah kering,
Lalu ku pandang pada kaki terhenti , busuknya diriku~

(tiada bangkai sebusuk pemilik tubuh, penuh noda yang mendosa bergunung-ganang)

Dalam sedar ku,
Bukan angan-angan,
Ilusi benar sementara tadi.

Mataku pecahkan air kaca kristal,
Tangan ku menyapu doa ke wajah,
Tidak mahu ku lepas tasbih dari jemari,
bibirku berzikir,
Langkahku sudah di sejadah putih,
Sujudku basah dengan air yang mengalir,
Air mata deruan ombak terlahir dari hati yang berbisik taubat.









Tuesday, November 16, 2010

Tujuh warna kesemuanya?

Tujuh warna terbit selepas awan duka menangis,
Tangisannya hanya didengari beburung terbang tinggi,
Terbitnya tidak mahu dibenci,
Ia cuma mahu memberi senyuman dan sapa buat pemandang.

Merah untuk warna hati,
Jingga mewarnai senja.
Kuning dimiliki mentari,
Hijau sepanjang jelapang padi huma,
Biru titisan air laut duka terbentang,
Unggu si bunga lavender.

Ada warna yang tertinggal?

Cantik,indah,terpesona dan terpukau pada mata yang memandang,
Namun ku sedih, kau hilang selepas malam tiba kerana cemburu,

Usah kau risau,
Usah kau ragu,
Usah kau buntu lagi..

Kau membias semua warna tujuh itu,
PUTIH yang SUCI.
S.U.C.I. itu cinta.
kerna hati ku terjatuh seputih si putih itu.