Sunday, March 27, 2011

Terlintas dihatiku tentang sesuatu kesilapan ~

Dimulakan dengan kalimah suci yang tertinggi sifatNya, yang MAHA mengetahui sesuatu tentang yang terlintas dan tersembunyi di setiap hati bergelar si pelupa.

Tentang sesuatu itu,

Mengetahui perkara yang tidak pernah engkau ketahui tinggi rendahnya penciptaan Dia,

Mampukah engkau ketahui?

Sesuatu yang tidak pernah engkau ketahui selain engkau mempelajarinya dari kesilapan.

Kesilapan demi kesilapan yang berlaku, langkah asyik terhenti disitu, propaganda asyik datang menyapa, satu persatu engkau tersungkur jatuh menyembah bumi, apakah maksudnya semua ini?

"Aku asyik dipijak orang,
Aku terhimpit dalam dilema situasi lebuhraya perjalanan kehidupan,
Aku termakan pujuk rayu dan mudah hati ku terpujuk,
Aku asyik banyak masalah yang melanda."

Mungkin ada yang tidak pernah sedar akan kenapa apakah ceritera yang berlaku itu, Tuhan mendefinisikan dengan mudah sahaja.

"Belajar lah dari kesilapan"

Persoalannya terlalu mudah, berapa ramai daripada kalangan kita yang masih bernafas mengambil semua pengetahuan dan pengajaran daripada kesilapan itu? tanya diri sendiri.

Aku berkata atas aku pernah mengalami kesilapan. Jangan menganggap kesilapan itu suatu "Pelajaran" yang sakit, tapi anggap ia sebagai "cikgu dan guru" menuju ke arah jalan yang benar.

Maafkan daku atas kata-kata ku yang tajam, sebenarnya aku berkata untuk diriku.

Saturday, March 26, 2011

H.a.r.i.b.u.m.i yang gelap gelita~


Satu jam bersama kegelapan di hari bumi.
Aku duduk dibangku,termenung melihat alam.
Cuba mengapai bebintang di angkasa raya.
Namun, yang cuma mencapai hanyalah akal ku yang berangan-angan.

Thursday, March 24, 2011

tiada sebaris kata;

Ku ingin senyap seketika dari memberi ertikata setiap perkataan yang dilahir dari emosi hati yang tidak tenteram.

Aku semakin penat, sakit dan tenat dari kata-kata sendiri apatah lagi membaca setiap kata-kata orang.

Aku ingin rehat dan damai di bawah pokok yang ditiup "angin sepoi-sepoi bahasa" dan lalu aku menutup mata, menghayati segala rasa yang terlitas di dalam hati. Tiada sekelumit dendam dihati. Hanya membiarkan dibaca.

"Bagai ada laut menghempas landai, juga bagai ada hujan turun diselang pelangi, dan bagai juga ada matahari yang timbul di malam hari meski tidak pernah terjadi."

Biarkan aku sekejap sahaja dengan senyap, sepi, tidak diperlukan dan suram malam: ku sedang berkata dalam hati.

Tuesday, March 1, 2011

Hati mudah untuk jatuh sakit~

" Hati umpama secebis kertas halus,
Mudah terkoyak dan dicarik-carik."

Begitulah umpamanya hati yang kita miliki, mudah tersentuh, mudah gusar, mudah untuk derita, gembira yang terlampau gembira dan seumpama dengan segala rasa yang terlintas dihati manusia.

Sebenarnya hati kita tidak sakit setiap hari tapi hanya kerana "satu perkataan" yang terlafazkan hati itu mulai sakit sepanjang saat, dan hanya kerana itu mendiamkan diri menjadi benteng untuk dari terus disakiti~

"Bibir dan mulut manusia, makin banyak cakapnya, makin banyak silapnya"

Kiasan diatas juga ada maksud tersiratnya, ingin memberi tahu tanpa sedar mengajar melalui "lafaz bergurau" . Takut-takut ada yang terasa, mungkin sebab itu ianya termaktub sebagai "kiasan".

"Kisah, nama, tempat dan peristiwa tidak ada kena mengena dengan hidup ataupun sudah berlalu pergi"

Perenggan tersebut sebenarnya ingin menjaga "sensiviti" individu yang berkaitan, takut-takut ada "orang yang terasa", selalunya kata-kata tersebut terpampang di kaca Tv.

Pengajaran:
" Hati orang perlu dijaga, jangan pentingkan diri sendiri dan jangan hanya bongkak di bangku perjalanan, takut-takut jatuh dihempap hujan batu "