Wednesday, December 22, 2010

Aku ingin menangis disini;


Melihat awan angkasa semakin hitam, air takungnya sudah penuh, sebentar nanti turun hujan dalam hati, hujan menurun rahmat Tuhan pencipta langit-langit yang tadi biru~

Setiap rasa yang pahit mengamit setiap perasaan ku,
Biar ku dikata lelaki hingusan kerana menangis,
Katakan apa sahaja tentang diriku, ku benarkan ~
Aku ingin membaca buku yang suda lama terbuku dalam hati ku,
Sebuah buku tangisan berpanjangan.

Ya dan benar belaka dikala ini~

Aku si lemah,
Aku si cerca ,
Aku si derita,
Aku si sirna,
Aku si air mata.

Lemah tak bermaya hamba si lembah hina ini.
Biar aku menangis sebentar cuma, sebentar sahaja. Boleh?
Melepas sengara dan derita,
Agar benciku bisa pergi bersama airmata ini.

Teresak-esak menutup wajah tangis,
"Aku malu melihat diri bila dalam menangis"


Monday, December 20, 2010

Izinkan ku pergi ; mencari diri semula.


Ku titip puisi cinta buat MU pencipta naluri, Engkau pemilik jiwa dan hati, pemilik sebenar Cinta hakiki.

Kemana harus ku pergi selepas ku dari sini,
Hala tujuku terumbang ambing dek pukulan si badai deras,
Manakah si pengemudi yang hebat tadi?
Ah! Persetankan segala rasa ku padanya.
Dia memang begitu, mgkin akan terus begitu.
Puas ku bujuk rayu dan menangis dihadapannya.
Kini...

Izinkan aku pergi bersama ombak diteman mentari jingga yang mahu terbenam.~


Pergi ku buat apa di tangisi,
Pergi ku jauh dari mu tapi kau di depan mataku, pergikah itu?
Pergi ku buatku terus menderita sendiri sahaja.

Ku tarik nafas ku sedalamnya,
Ku genggam jari-jemariku yang luka, hatiku?
Ku ada kekuatan sendiri.

"Biarlah, tidak apalah, apa sahajalah, bolehlah, baiklah buka buku baru": jawab ku sendiri.

Mungkin rasa itu sampai disini cuma, aku mahu kelam bersendiri bersama lumpur hitam,agar mudah bagi ku "menyembunyi" kan diri dari mu, sebab ku hitam tidak nampak dan telus cahaya putih. "Rasa" itu perlu kemana?pada "dia" yang mahu?

Cuma sekarang ini, biar ku sendiri bersama bait-bait laguku dan puisi-puisiku.

Terima kasih atas segala rasa dulu, senyum tawa, derita, ceritera cinta, bait rindu, dan lafaz kata indah. Tergiang-giang lagu indah itu.

"Kau terlalu indah untuk ku lupa".

"Meski cuma tinggal rasa cinta seorang sahabat kepada seorang teman".

"Dilepas hati ku sengsara, diterima hatiku derita".

Kau buat ku senyum-senyum saja. ^^

Itu sahaja:
"Tiada apa yang mahu ku kelakar kan disini, bukan cerita lucu tapi benar berlaku saat ini, aku ingin sangat pergi, tapi hatiku seakan tidak lagi mahu, meski sudah ku temui satu kekuatan baru, buka buku baru. Terima kasih untuk memberi kekuatan untuk aku pergi sahaja. Persetankan aku~ " Sekali lagi, terima kasih atas segalanya.

Saturday, December 18, 2010

Cerita rasa rahsia hati;


Kami merobek kisah rahsia hati, yang hanya lebih TAHU adalah DIA.


Bukan sekadar senyuman yang ku berikan,
Malah keikhlasan dalam senyuman ku hadiahkan.

Jadi biar ku jadi penerima yang gembira menerima senyumanmu itu.

Kegembiraanmu kegembiraanku.

Bahagiamu,tawamu, gembiramu sama seperti ku.

Dan mungkin cuma perasaan yang berbeza.

Dan mungkin juga hati kita sama dan serupa.

Sama apabila kita berdua merasakannya.

Biar tersimpan sebagai rahsia rasa sementara cuma..andai ada, maka ada rasa itu,andai tiada, maka rasa itu..tiada.

Rahsia rasa yang hanya kita berdua tahu..si rahsia perindu.

Rahsia dalam rahsia..rasa dalam rasa..rasa itu memang rahsia..dan rahsiakan rasa itu.

Rahsiakan ia di sudut hati agar rasa itu disimpan rapi..dan bebaskan ia pada waktunya sudah tiba..

Merahsiakan itu memang sudah terlalu rapi terkunci..menunggu sampai pasti itu mati pasti..masih mahu-mahu lagi untuk pasti..

Kita di uji dengan kepastian sebuah rahsia rasa..tidak pasti di mana penghujungnya..apa kata hati?apa mahunya?

Ujian itu terselit hikmah dan tarbiah, sudah mahu kata hati. Cerita penghujungnya jadikan kata hati masih tak pasti. Bagaimana itu?

Kerana dua jasad yang berjauhan, tapi punya hati dan rasa yang mungkin sama..bagaimana mungkin noktah akhir cerita rahsia itu akan menemukan kepastian?bisakah hati ini menjawab segala rasa yang kian berteka teki?

Kadang-kala kita tak perlukan jasad yang jauh untuk merasakan apa yang berbisik di hati..rasa rahsia dalam hati sudah tanda ia hanpir dan disisi..Rahsia hati boleh diluah..boleh dirasa dan takut dengan rasa itu..tapi rasa itu mati dek umpama cubix hati pelbagai warna..perlu disatukan satu persatu..berteka teki..banyak sangat cerita teka teki..sampai tidak tahu mana jawapanya?


Rahsia,
" Rahsia itu indah, indah itu apa?"


Friday, December 17, 2010

Aku rasa rindu;


Wahai Tuhan pencipta segala rasa rindu, yang amat mengetahui segala nestapa dan hal hati ke hati, aku, aku dan aku...terasa sesuatu yang tak terungkap di isi karangan hati, cuma rasa berbaur rindu.

Malam yang kian dingin jelmanya sepi sekali,
Aku dan malam sama sahaja.

Sama-sama,
Rindu akan bulan dan hujan,
Rindu akan bayu yang mengigit tulang,
Rindu akan mentari esok pagi menanti saat terbitnya.

Duhai yang dirindu,
Aku rasa rindu.
Aku rasa tercari-cari.
Aku rasa terpingga-pingga.

Hati ini,
Keliru,
Celaru,
Duduk tak menentu,
bila aku rasa rindu.


Bila benci tapi rindu;
" Hanya rindu, terus merindu, dan terima kasih atas rasa rindu.

Wednesday, December 15, 2010

Kisahku cerita seorang perempuan;


Ku damba cintaMu duhai pencipta Hati, berikan aku semula cinta agar ku lerai pada gadis yang mencari cinta ini.

Perempuan yang terlahir di atas nama cinta nurani,
Wajahnya penyejuk kalbu ku yang kian bergetar,
Sifat terwaris dari tarbiah sunnah ikutan,
Perlu ku lentur dirinya, terbiasa dari rusuk kiri yang membengkok,
Makin sukar ku fahaminya setelah dirinya ku dalami sepenuh hati,
Namun, namanya sudah mula ku sebut berkali-kali dihati,
Gelak tawanya penghilang resah jiwaku yang kian bercelaru,
Katanya bak delima terselit senyuman bayangan manis,
Biarkan sahaja cerita itu di dalam hati,
Ku mampu miliki tapi selayakkah aku?
Apakah rasa ini?

Cinta perlu diulangi berkali-kali,
" Hati meski sudah sekian lama derita, mari kita berpimpin tangan sekali lagi, melerai segala rasa di dalam hati, mungkin bukan lagi pada dia tapi pada dirimu"


Tuesday, December 14, 2010

Tentang-tentang; itu.


Ku bermula baris ayat ini dengan lafaz cintaku padaMu wahai sang pencipta Cinta,berhenti sejenak dengan rasa malu memberi tanda koma, berhenti dengan syukur noktah terhenti.


Tentang,
Detik, saat dan waktu ianya masa yang di gelar emas.

Tentang,
Gembira, bahagia, dan sengasara itu perasaan memuncak.

Tentang,
Putus asa, bunuh diri dan menempah maut itu si gagal terasa bodoh.

Tentang,
Terhuyung-hayang, pelesit, dan hanyut itu pula hilang arah kemudi.

Tentang,
Hujan, panas, dan sejuk itu erti cuaca yang bersilih ganti.

Tentang,
Merah, biru dan putih itu hasil warna bercampur.

Tentang,
Sejarah, atmosfera dan Sains itu perlu kau pelajari.

Tentang,
Cinta, rindu dan sayang itu tiada siapa pernah mentafsir tepat.

Tentang,
Apa kau baca skg, apa kau lihat nnt dan apa kau karangkan itu cukup sampai saat ini, ada si awan biru sepi berlalu di sebalik cerita ini~ takut ada yang benci nnt.


Si pena biru mahu berkata,
"Lihat sekeliling, suasana yang selalu bisu itu sebenarnya bersuara, berkata melalui corong turas yang sempit belaka, sehingga tidak terkesan dek halwa pendengaran. Kita selalui lalai, sampai lena tidur dibuai keasyikan dunia yang berapa saat mungkin sampai ke hujung pengakhiran~"



Sunday, December 12, 2010

Cintamu dan cintaku.


Ku menjelang mendongak ke langit sepi, mengharap pintu doa langit terbuka, agar bisa ku sampaikan lafaz cintaku padaMu. Agar bisa senang sanubari yang telah lama gundah gulana.

Cintamu didusta cuma,
Cintamu dilukai cuma,
Cintamu dipanah derita cuma,
Cintamu dirobek sengsara cuma.

Cintaku makin didusta berkali,
Cintaku makin dilukai berjela,
Cintaku makin dipanah derita darah,
Cintaku makin dikoyak bercerai jasad dari tubuh.

Dari jari kanan ku berbahasa:
"Apa pun rasa cinta itu, ayuh bersyukur kita dengan "kesakitan" yang berulang kali, lihat diri, perbaiki kelemahan, tarik nafas sedalamnya, "Aku mampu untuk terus bercinta meski siapa pun dia"~



Saturday, December 11, 2010

Mari mengapai bintang-bintang;




Dengan nama Tuhan yang memegang nyawaku, ku ajukan, lalu ku satukan kiri dan kanan tanganku bersama jejari jemari. Doa yang ku pacul agar bisa menenangkan fikir ku~



Malam ini hening sekali lagi,
Tiada hujan,
Meski jua tiada angin yang cemburu,
Usahkan aku,
Aku bertemankan hanya dengan lagu pengisi ruang dan waktu,
Memecah malam yang kesunyian,berkecai sama sekali~

Ku pandang semula langit,
Pagi tadi ianya membiru seperti laut,
Sekarang kelam ditemani butiran bintang berkerdipan,
Bilakan ku gapai semula bintang-bintang?

Nota kaki;
~ Usah risau tentang hidupmu, Allah pasti memberi bintang kepadamu bila masanya tiba.

Friday, December 10, 2010

Sebelum ku pergi lebih jauh;

Ku ucaptama kalinya, sentiasa bertasbih menanti waktu yang lagi satu, sampai hatiku juga turut berzikir bersama.

Aku masih disini,

Menunggu sehingga sekembalinya mu.
Menanti sehingga jelang detik setiap waktu.

Apa juga perkataan yang sama dengan "Tunggu",
Akan terus begini, sampai mati rasa itu~

Kamu,
Sebelum ku pergi lebih jauh,

Cepat kembali~ menunggu di kerusi ini.

Sebelumku jua beralih memimpin tangan yang mahu memegang jari jemari ini <3

Melinar sang mata melihat masa di lengan:
Menanti penuh siksa itu terbiasa bagiku, tiap hari menanti sampai kepastian hilang entah kemana, sebentar lagi ku berdiri dari bangku ini~