Saturday, September 18, 2010

Soal Hati ~




Ku soal hatiku:

Apa mahu ku?

Kenapa begitu maksudnya?

Mengapa ada disitu?

Bilakah ini selesai?

Bagaimana cerita semalam?

(Beban otakku berfikir)


Ku soal hatimu:

Benarkah ini?

Kenapakah itu?

Siapakah maksudmu?

Kau tahu apa ku rasa?

Kemana perginya yang dulu?

(Senyap tak terjawab)


Ku soal hatinya:

Apakah kau tahu semua ini?

Mengapa sering kau begitu?

Mengapa kau abaikan dia dulu?

Kenapa berselindung disebalik rasa?

Mengapa kau sering bermain-main dengan kata?

(Jawab sejujurnya)


Soal lah hatiku, pastiku jawab sejujurnya.

Soalah hatimu, pasti kau berselindung di sebalik kata,

Soalah hatinya, hanya mendiam selagi tidak mahu berkata.

Monday, September 13, 2010

Warkah buat siapa?


Warkah buat adinda,

Adindaku,sampaiku menutup mata. Warkah ini takkan pernah berhenti untuk berbicara,seperti bait-bait rindu dan cintaku. Ku benar ikhlas menyayangi, bagaikan awam selalu indah. Takkan mahu pernahkan hujan di dalam hati, ku ingin mahu sentiasa denganmu. (Dalam hati: Pahit manis bercinta)


Warkah buat teman,

Wahai teman, usahlah kau berduka lara. Andai hatimu sepi kini. Aku temanmu di kala dikau sepi. Aku teman sepermainanmu. Aku pendengar terbaikmu. Aku sentiasa membantu walau bergadai nyawa dan harta (Dalam hati: Teman sejati yang perlu kita cari)


Warkah buat ayahanda dan bonda,

Duhai ayah..Duhai bonda..Anakanda kini jauh di pandangan mata, tapi hati ku sentiasa ingin bertanyakan khabar darimu. Ayah dan bonda, anakmu ini mohon maaf dan salah silap andai terkasar bahasa, tersilap tingkah laku yang buruk dek pandangan mata. (Dalam hati:Anak yang soleh dan solehah)


Warkah buat musuh,

Kau pengkhianat bangsa, tiada tempatmu disini wahai durjana, kau umpama anjing-anjing berkeliaran, hanya mampu menunggu hari mendapat balasan. Tiada cahaya kasih buatmu,pelesit. (Dalam hati: Kau tetap mush)

 

Warkah buat mahu mengenali,

Aku ini seorang yang tidak memiliki apa-apa di mata dunia, aku juga bukan penyair bangsa, aku juga seorang yang tidak mampu untuk meneruskan hidup ini sendirian, dan aku juga tidak mahu dikenali sepenuhnya, kerana ku takut bila kau mengenali ku, kau akan pergi dari sini. (Dalam hati: Kenali hati budinya)


Warkah buat pemimpin,

Duhai yang kami percayai, laksanakan tugasmu sepenuhnya. Jangan ada jaring-jaring hitam di hatimu kerana itu dusta. Tingkahmu kami perhati. Dari kaca mata kami,kau yang terbaik. (Dalam hati: Teruskan perjuanganmu).


Warkah buat diriku,

Duhai diri, bangunlah semula. Cantas segala dengan mata pedang yang tajam dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Iman di dadamu masih ada yang terselit. Taqwamu ada di setiap rongga nafasmu. Jalan hidupmu telah ditentukan,kau cuma perlu menyusuri jalan demi jalan dengan berfikir atas diri. (Dalam hati: Ini diriku.)

Friday, September 10, 2010

Jalan raya ~ Cari pasal!

11.00 p.m

"Ya! Masih lagi terus setia bersama kami Dj aj,santy dan niz disini. Hantarkan sms ucapan anda taipkan "KK NAMA LOKASI UCAPAN hantar ke 32776 atau telefeon kami 088-4480996". Kusyuk sahaja mamaku mendengar Dj-dj radio berceloteh pasal raya pertama. Entah apa yang seronok sgt dgr siaran tu smbil tergelak2 mamaku, aku dari tadi hanya mendiamkan diri, mempersetankan semua yang lalu di ruang telingaku. Fikiran ku kearah mana entah. Hanya memandang luar tingkap kereta dan mendiamkan diri. Aku terlupa, terima kasih kepada "empunya" brodband bagi membenarkan aku blogging dalam kereta ni. Entah apa khabarnya, sihat ke tidak, sms pun tidak..Kol?jauh sekali. Ndapala janji dia ok. kn? Pandangan mataku terhenti pada "Flat" nombor kereta yang baru sahaja memotong kereta papaku. SS 1455 K. SSK? (Dalam hati: Oi! Perli ke) ahh..kenapa semua ini masih mengamit fikiran dan perasaanku, dikala aku mahu semuanya dalam keadaan baik. Yap, sudah lama ku merancang sebenarnya. Kalau2 ada kereta sendiri, flat nombornya SS 2707 K. Nda kisahlah apa terjadi, sbb dari dulu lagi aku cinta SSK. Tapi untuk mencapainya, jauh sekali. Atau mungkin tak tercapai dek hati barangkali. Ahh..Biarlah hatiku binggung begini. Yang penting aku sendiri. Baru sahaja tadi kami berada di kubur arwah nenek, ni mau dekat KK sudah ni. Destinasi setiap tahun raya pertama, tanah tumpah darahku, Kg.Benoni,Papar. Perjalanan 1 jam. Boring.

12.00 p.m
Entah mcm mana, tiba2 aku tertidur. Indah dibuai mimpi yang aku sendiri tak faham kenapa mimpi itu kian kali menjelma. Zz..

1.00 p.m
Baru ja bangun dari tdur, mau smpai sudah! Laju papa bawak kereta. Padahal 60 km sejam. Biasalah, cara "old school" bawak kereta. Slow,steady and relax. Rumah pertama menjadi sasaran rumah arwah pak ngah, cucu-cucunya kian membesar. Ada yang smpai ku tak kenal wajah. Tgk2 dah besar pjg. uisk. Pantasnya dunia berputar, smpai aku tak sempat untuk berbuat apa2 lagi untuk diriku.~

1.30 p.m
Usai sahaja di rumah itu, kami singgah sebentar di "Teratak terakhir" yang menempatkan mereka yang telah pergi. Ku usaikan Surah yaasin dan alfatihah kepada arwah-arwah. Moga mereka di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tiba-tiba diri ini lancang je berbiacara "Mama, ini kubur siapa?". Ini nenek, itu atuk, itu pak ngah, itu pakcik. (Dalam hati~ Ramai yang telah pergi. Aku bila?) "Mama, nnt aku mau dikuburkan disini juga, disisi atuk, nenek, pak ngah,pak lang." Buntang sahaja mata mamaku. Terdiam. Entah apa yang difikirkannya. Aku pun tak tau kenapa aku berkata demikian. Smpai kah sudah masa ku?Wallahualam. Ku berlalu pergi smbil memandang ke belakang,kubur. Kosong~

2.00 p.m
Singgah sebentar di rumah abg saudara, ramai ditambah lagi dengan keretanya banyak. Memang orang kaya pun abg saudara aku ni, kereta da lebih 7 buah. Pening tgk kereta byk2~ Mahu ja ku minta satu ^^. Pemilik resort lagi. Memang patut dia dapat suma itu, sbb dia berusaha. Idola ku suatu ketika dulu. Tak banyak yang mahu ku cerita ketika ini, hanya duduk dan melihat Tv sahaja. Lantas, anak buah ku yang sudah lama tak kutemui muncul. Wah! Kedua-duanya sudah besar pjg+tinggi. Farah, ayu je bertudung. Awang,jerawatnya mematangkan wajahnya. Kami berbual pjg. (Padahal dlm hati ku, entah kemana).

3.00 p.m
Usai bersalaman, kami singgah lagi satu buah rumah yang memang dulunya ku membesar di rumah ini dulu, rumah arwah pak ngah. Kalau pak ngah masih ada, pasti aku kaya dengan "mercun" dan duit raya. Tapi suasana kali ini berbeza, pemergiannya dirasai setiap tahun, setiap kali raya menjelma. Masuk sahaja ke dalam rumah, kak long ada kat rumah. Laa...dah besar panjang anak-anak kak long. Laju je ku tanya, " Kak, anak kakak yang no.2 ni siapa nama" Siti Aqilah katanya. No.1 pula? Siti sarah. Gulp, menelan air liur. (Dalam hati ~ senyum). Cepat2 ku arahkan mata ku ke arah Tv. Layan abg ngah tgk tv g best. Citer pe tah! Tiba-tiba,abg ngah ajak ke pekan. Beli air untuk dihidangkan pada tetamu. Aku membontot ja di belakang. Abg ngah memberhentikan kereta di G mart, sekali lagi aku diperli. SS 3030 K di depan mataku. ( Dalam hati ~ ..................)

6.00 p.m
Kini, aku di dalam kereta, pulang ketempat asalku membesarkan. Jalan penuh sesak, banyak kenderaan yang memotong. Aku sudah malas memandang ke luar tingkap. Takut diperli berkali-kali. Entah, padahal hati..(R.....). Dan kini juga, sekejap lagi ku akan lalu di hadapan UMS. Ahh..Malas nya aku nak balik~ entah. Terngiang-ngiang setiap bait kata2mu. Ahh!~aku mahu lelapkan mata sebentar. Hujan diluar tingkap sana. Hujan dalam hati~




Wednesday, September 8, 2010

Pintu H.A.T.I

Pintu Hati...
Ku cuba membuka sekian kali,
Mengesek tombol pintu berkali-kali,
Tetap terkunci dari dalam,
Aku tertanya-tanya manakah kuncinya?
Hilangkah kuncinya?
Kau terkunci di dalam.
Aku ternanti di luar. Kebinggungan~

Pintu Hati...
Bayangkan ia hati manusia,
Kalau terhempas pintu itu, robek terhentak.
Mencantumnya semula perlukan pengorbanan,
Meski jari jemari ini terluka mengais satu persatu.
Itulah hakikat hati manusia,
Kalau terluka tetap berduka,
Parutnya tetap ketara meski dilitupi warna.


Pintu Hati..
Aku terduduk didepan pintu,
Menongkat dagu,
Berfikir ribuan kali,
Lalu ku menjungkit kaki,
Meninjau-ninjau,
Kalau-kalau kunci ada yang tertinggal,
Tetapi...lain yang ku temui..
Rupa-rupanya ada tingkap kecil di pintu itu,
Ku renung kedalam melaluinya,
Gelap tak berpenghuni,
Tiada sebaris cahaya yang menghurung,
Seperti tidak mahu memberi sedikit udara keluar darinya.
Dulu didalamnya penuh cahaya,
Ditemani lampu neon yang indah.


Pintu Hati..
Ku duduk semula dihadapannya,
Menulis namamu di lantai,
Ku rindu?Kau benci?
Ku kebinggungan, Ah!Persetankan semua.
Dimana kuncinya?
Tiba-tiba..
Terdengar gemersik bunyi yang kucari,
Bunyi kunci.
Ku seluk-seluk poket satu persatu,
Jari jemari ku laju sahaja mencengkam!
Mahu sahaja ku menjerit,
Mahu sahaja ku khabarkan satu dunia,
Ku sudah jumpa, Kunci Hati~
Pelik..Ada dua kunci?
Mana pintu satu lagi?

Pintu Hati..
Ada dua pintu?
Mengapakah? Bermonolog ku sendiri.
Pintu yang satu ini hampir sama sahaja,
Apa bezanya?
Apa kelebihannya?
Ah! Bukan itu ku mahu.
Ku cuma mahu masuk ke dalam pintu itu.
Dalamnya penuh dengan apa yang ku mahu.

Pintu Hati..
Ku matikan langkah,
Duduk diantara dua pintu,
seperti duduk diantara dua sujud.
Terdiam sementara tanpa sebaris kata.
Memandang kedua-dua pintu.
Tapi hatiku tetap pada pintu tadi.
Itu jawapanku. Pasti?

~ Azan subuh mengejutkan ku dari mimpi, baru sahaja usai istiqarah ditemani tahajud, ku lantas terlelap. Apa maksud mimpiku? Sehingga kini ku masih tak pasti, mungkin ada lagi sisa-sisa dosa yang perlu ku terima hukumannya. Dosa-dosa yang menyukarkan aku membuat pilihan dan tenang dari semua ini. Apa yang pasti, AKU MAHU KEMBALI KEPADAMU~

Tuesday, September 7, 2010

Sawang Lelabah.

Sawang lelabah..
Lebih halus dan putih..jernih.
Sampai mata pun tertipu dek keunikannya.
Terbina dasar "perangkap".
Mencari mangsa di setiap siling-siling hitam,
Tergantung diatas tapi tengahnya penuh dengan kekuatan penipuan.

Sawang..
Ku sentuh talinya..hairan?
Mudah saja ku putuskan.
Tidak kuat dan rapuh sekali.
Apa maksudnya?
Ini dikatakan "perangkap samar yang hebat"?

Lelabah..
Dari tadi mengerling,memerhati dan menunggu.
Matanya tidak pernah terlepas walau sesaat cuma.
Ada mata lapan?
Kaki enam?
Gerun ku lihat bentuknya.
Tuhan ciptakan suatu diluar jangkaan hati dan benak manusia.
Apatah lagi kita manusia tidak pernah tahu tentang sekarang.
Apatah lagi kita manusia tidak pernah tahu tentang zaman silam dan masa depan.

Sawang Lelabah..
Ku hanya memerhati dari tadi,
Umpama aku "lelabah" tadi.
Pemangsa.
Menunggu mangsa tak pasti.
Cuma pasti saat ini,aku menunggu.
Kerana aku penuh tanda tanya??

Saturday, September 4, 2010

L.c.O.i.V.n.E.t.a

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Terbitnya umpama matahari yang menyinar disiang hari..Kilauannya tiada tandingan bila mata memandang cahaya..Mata lantas terpejam..tapi tetap mahu dibuka untuk melihat warnanya..penuh dengan kepanasan cinta..Hakikat cinta itu dimiliki dan memiliki..

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Seumpama malam...kelam dan suram..tiada tiupan angin..tiada desus pantai yang mendayu..tiada lagi angin sepoi-sepoi bahasa yang mengigit tulang belulang..Hakikat cinta juga begitu..Kosong,keliru,terinaya...

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Sampai besok lusa pun kita takkan habis menelaah pasal cinta..cinta itu terlalu luas andainya..tapi methodologinya tetap sama bagi semua orang..perlukan dua insan dalam penyatuan hati..andai satu hati sahaja yang bercantum..cintakah namanya?

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Ironinya cinta ramai yang keliru meskipun sudah cinta didepan mata..tambahan,cinta dalam hati...Dua-duanya bersatu dalam delima..Kononnya pengorbanan mahu melepaskan demi kebahgiaannya..tapi tak pernah terfikir di fikiran insan "higusan"..bahawa yang menerima pengorbanan cinta itu sukar malah susah mendapat cinta...binggung~ bertambah hebat dramatik dan lakonan cinta inaya...lantas..semua merana..dalam pelukan tapi tangan kearah lain..Berapa ramai yang keliru..Cinta insan tak pernah untuk cukup..Cinta terinaya itu makbul doanya..

L.c.O.i.V.n.E.t.a
Cinta..terbiasa kita mentafsir dari hati ke hati..pemikiran cuba dibaca..mungkin,tuhan mahu temukan dengan orang yang salah dahulu..supaya kita belajar dan mahu mempelajari apa itu kesilapan..lantaran kita kembali kepada asal..ke jalan yang lurus..kembali kepada pemilik cinta sebenar..siapa tahu?orang itu disekeliling kita?Malah didepan mata?atau dibelakang mata?Cepat fikirkan siapa orang?Teka dan jawab sendiri. Teka-teki yang sukar dirungkai. (itulah cinta).



Thursday, September 2, 2010

M.A.A.F

Hidup ini kalau tak memerlukan antara satu sama lain, bukanlah dinamakan hidup. Kalau kita perlukan orang tapi orang lain tak perlu dalam hidup kita,itu pentingkan diri.
Hidup manusia sehebat manapun takkan terlawan hebat Allah.
Hebat manusia itu cuma secubit garam yang Allah pinjamkan, Hebat Allah tidak pernah kita bayangkan,Lebih hebat dari yang kau tahu. Allah lebih Hebat dari semua itu.

P.E.N.G.A.M.P.U.N.A.N dari Allah itu sentiasa terbuka buat Hamba-hambanya yang hina lagi menhinakan. Tapi bagaimana kemaafan daripada hamba dengan hamba? Insan dengan insan. Manusia dengan manusia. Pernahkah kita terfikir? Salah yang kecil membawa kepada besar? Kesilapan yang kita tak sedar membawa kepada buruk dalam hidup kita. Kita terlupa meminta maaf. Andai kita sakiti hati hamba, selagi hamba tak memaafkan Allah juga begitu. Cuba kita renung kembali~ Amati kembali~ Ada? Selalunya kita mmg tak sedar.

M.A.A.F itu bukan suatu yang menghina diri sendiri, bukan suatu yang jahil, bukan suatu perkara yang bodoh, bukan membuat kejahatan, bukannya mati anak dibunuh.

K.E.M.A.A.F.A.N itu suatu proses mendamaikan jiwa, menjernihkan batin, memperbetulkan mana yang salah, memulihkan mana yang tersasar, memenuhi kembali mana ruang kosong dalam hati.

M.I.N.T.A M.A.A.F sebelum terlambat kepada yang pernah kita sakiti, sebelum ianya parah, sebelum ianya menjadi racun dalam hidup, sebelum ia sebati dalam diri.

Andaikata, kita disakiti tak kira banyak mana kebaikkan kita telah buat. M.A.A.F.K.A.N.L.A.H.. Mungkin itu proses TIMBAL BALIK.

Mungkin kita tidak pernah berfikir,

"Kita buat BAIK dibalas JAHAT. Mgkin dulu kita pernah buat JAHAT dgn orang lain. Kalau dulu kita buat JAHAT tapi dibalas BAIK. Mgkin dulu kita pernah buat BAIK dengan orang lain."

Methodologinya tetap sama~