Monday, September 13, 2010

Warkah buat siapa?


Warkah buat adinda,

Adindaku,sampaiku menutup mata. Warkah ini takkan pernah berhenti untuk berbicara,seperti bait-bait rindu dan cintaku. Ku benar ikhlas menyayangi, bagaikan awam selalu indah. Takkan mahu pernahkan hujan di dalam hati, ku ingin mahu sentiasa denganmu. (Dalam hati: Pahit manis bercinta)


Warkah buat teman,

Wahai teman, usahlah kau berduka lara. Andai hatimu sepi kini. Aku temanmu di kala dikau sepi. Aku teman sepermainanmu. Aku pendengar terbaikmu. Aku sentiasa membantu walau bergadai nyawa dan harta (Dalam hati: Teman sejati yang perlu kita cari)


Warkah buat ayahanda dan bonda,

Duhai ayah..Duhai bonda..Anakanda kini jauh di pandangan mata, tapi hati ku sentiasa ingin bertanyakan khabar darimu. Ayah dan bonda, anakmu ini mohon maaf dan salah silap andai terkasar bahasa, tersilap tingkah laku yang buruk dek pandangan mata. (Dalam hati:Anak yang soleh dan solehah)


Warkah buat musuh,

Kau pengkhianat bangsa, tiada tempatmu disini wahai durjana, kau umpama anjing-anjing berkeliaran, hanya mampu menunggu hari mendapat balasan. Tiada cahaya kasih buatmu,pelesit. (Dalam hati: Kau tetap mush)

 

Warkah buat mahu mengenali,

Aku ini seorang yang tidak memiliki apa-apa di mata dunia, aku juga bukan penyair bangsa, aku juga seorang yang tidak mampu untuk meneruskan hidup ini sendirian, dan aku juga tidak mahu dikenali sepenuhnya, kerana ku takut bila kau mengenali ku, kau akan pergi dari sini. (Dalam hati: Kenali hati budinya)


Warkah buat pemimpin,

Duhai yang kami percayai, laksanakan tugasmu sepenuhnya. Jangan ada jaring-jaring hitam di hatimu kerana itu dusta. Tingkahmu kami perhati. Dari kaca mata kami,kau yang terbaik. (Dalam hati: Teruskan perjuanganmu).


Warkah buat diriku,

Duhai diri, bangunlah semula. Cantas segala dengan mata pedang yang tajam dalam mengharungi dugaan dan cabaran. Iman di dadamu masih ada yang terselit. Taqwamu ada di setiap rongga nafasmu. Jalan hidupmu telah ditentukan,kau cuma perlu menyusuri jalan demi jalan dengan berfikir atas diri. (Dalam hati: Ini diriku.)

No comments:

Post a Comment