Thursday, February 24, 2011

Duga, duka yang mencuka~


Ceritera ini datang bila ku terkenang kembali setiap detik yang pernah ku lalui, meski hatiku kini ada cerita "bunga api dalam hati", namun kisah kali ini hanya sekadar ku mengenang episod-espisod cerita yang duka~ (Mahu sahaja ku ketawa sepuasnya bila ku ingin bercerita tentang kesedihan).

Duga dan duka selalu datang "berkenalan" dalam hidupku..
Selalunya ku jawab dengan perkataan "mencuka" ditambah dengan muka yang masam.
Mengeluh tanpa henti, bagai ada muzik-muzik beremosi sedih menyelubungi~
Dan selalunya, muziknya ber "genre" kan muzik alunan puisi lemah lalu bagai turun hujan menambah suasana sedih ~ (petir sabung-meyabung)!

Tapi, segala "terbalik dan tumbangnya aku dalam hidup" adalah berdasarkan apa yang ku pilih sendiri, kalau ku pilih "mode" sedih maka sedihlah dan andai ku pilih "butang" main, maka mainlah, andai pula ku pilih "stop", terhentilah disitu selamanya. <-- bagai cerita dlm cerita yang ada dlm wayang 3D.

Duka yang mencuka, selalu datang tidak pernah kau sedar akan kehadirannya. Secara "automatikaly" ia menyapa. Bagaimana? sebagai contoh. Ini contoh semata.

Situasi 1; (Bayangkan aku sedang "mendrive kereta Satria CPS berlaker putih dengan kelajuan 180km sejam) dlm hati: Fuhhhh~ selesai masalah ku harini, hutang "iphone sudah ku langsaikan, assignment sudah semuanya ku usai dan midtrem dapat ku jawab dengan tenang. Tiba2. Pappppppp~ bunyi tayar pecah tanpa disangka dek akal pikiran!! Aduiiiii~ Duit-duit. Masalah-masalah.

Situasi 2: (bayangkan aku sedang bermain basikal, meski pertama kali menunggang). "Ini break kiri, ini break kanan dan ini untuk "kasih" jalan basikal. "Kasih"?? sesuai kah itu di namakan sebagai pemacu basikal. Ku sekarang ini cuma bermodalkan "harapan untuk pandai berbasikal" dan "cari pasal" mahu belajar, tunggang punya tunggang, tanpa ada kesedaran pra-sedar otak kiri, terhumban ke dalam gaung longkang yang cetek airnya, berdarah lutut, termakan sayur kangkung dan mandi air longkang. Perggg! Pedih lututtt~ Mahu menangis nnt kena cakap "kau ni sawan kah"? Naaa..itu lah "cari pasal" lagi dengan nahas, tapi bila balik-balik jatuh,lama-lama kita dianugerahkan dengan "kepandaian bermain basikal".

Entahlah, bila ku fikir-fikir, ku timbang-timbang di penimbang, sudah sampai ke 10 kg permasalahan ini ku fikir, kenapa masalah itu sering datang dan menegur ku serta manusia-manusia yang ada di muka bumi ciptaan Tuhan, mengapakah? Masalah yang mencuka ini datang samaada "kita sendiri cari pasal" dan "tanpa cari pasal, tiba-tiba datang".

Nota:
"Biar ku sorang-sorang jak faham"~ Ketawa lah berabis.

Thursday, February 17, 2011

Rindu juga ada ceritanya ~


Tuhan memberi kita dua rasa ajaib di dunia, pertama CINTA dan yang selalu selari dengan rasa itu, yakni kedua RINDU. Ini ceritaku tentang rindu~


Ianya berlaku bila ku pandang wajah seseorang atau ku teringat sesuatu.

Makin ku pandang wajah makin ku rindu,

Makin ku lihat raut riak wajah, ku semakin terhimpit rindu, sakitnya rindu sebenarnya,

Rindu itu indah..

Rindu itu juga menyesakkan jiwa dan hatiku dipanah oleh rindu itu,

Mungkinkah kita ada sama rasa rindu itu, rindu yang semakin berantai, rinduku sudah sampai ke sana, dan rindumu juga sudah sampai dihati sini, biar rindu itu terus menjalar, rasa sakitnya merindu tapi itulah yang membuatkan kita tercari-cari,

Rindu itu juga bermata, ia mencari orang yang ku rindu, rindu itu juga bertangan, ia mahu menyentuh hati yang ku rindu, malah rindu ini jua berkaki, ia ingin melangkah masuk ke dalam hati yang ku rindu, rindu ini umpama sangkar, ia juga ingin mengurung hati-hati kita di dalamnya.


Nota merindu:

"Biarkan sahaja hati kita terus merindu pada sesiapa, kerana hati kita bebas merindu, kerana RINDU itu anugerah kedua terindah"

Thursday, February 3, 2011

I LOVE.


I <3
~ Laughing.
~ Make some jokes.
~ Reading.
~ Fishing.
~ Listening any kind of MUSIC.
~ Writing, and its came out from my heart. Indeed.
~ Sea-side.
~ The sound of sea.
~ Raining days.
~ Cloud.
~ Painting, even im not good in it.
~ Eat.
~ Smile.
~ Sleeping with my pillow (Damn crazy about it, makes me feel addicted)
~ Watching animation muvies.
~ Do a crazy things, like thingking im a bird or flying on the blue sky...hmm??
~ Fisbuking.
~ Twit-twit.
~ Hang out wif my BFF.
~ Swimming.
~ And as long the things make me "crazy" about it.

I had many "crazy" things in my life, what about you?