Thursday, February 17, 2011

Rindu juga ada ceritanya ~


Tuhan memberi kita dua rasa ajaib di dunia, pertama CINTA dan yang selalu selari dengan rasa itu, yakni kedua RINDU. Ini ceritaku tentang rindu~


Ianya berlaku bila ku pandang wajah seseorang atau ku teringat sesuatu.

Makin ku pandang wajah makin ku rindu,

Makin ku lihat raut riak wajah, ku semakin terhimpit rindu, sakitnya rindu sebenarnya,

Rindu itu indah..

Rindu itu juga menyesakkan jiwa dan hatiku dipanah oleh rindu itu,

Mungkinkah kita ada sama rasa rindu itu, rindu yang semakin berantai, rinduku sudah sampai ke sana, dan rindumu juga sudah sampai dihati sini, biar rindu itu terus menjalar, rasa sakitnya merindu tapi itulah yang membuatkan kita tercari-cari,

Rindu itu juga bermata, ia mencari orang yang ku rindu, rindu itu juga bertangan, ia mahu menyentuh hati yang ku rindu, malah rindu ini jua berkaki, ia ingin melangkah masuk ke dalam hati yang ku rindu, rindu ini umpama sangkar, ia juga ingin mengurung hati-hati kita di dalamnya.


Nota merindu:

"Biarkan sahaja hati kita terus merindu pada sesiapa, kerana hati kita bebas merindu, kerana RINDU itu anugerah kedua terindah"

No comments:

Post a Comment