Monday, January 17, 2011

Terkurung ~


Izinkan hati derita ini mula berbicara tentang kesakitan, kesakitan yang tidak pernah jelas dihati sesiapa, mahu dia, dia, dia dan dia.

Ahhhhhhh!~ menjerit ku di hadapan dunia yang terkurung.
Namun, seakan-akan ada penebat menghalang setiap jeritan hati.

Setiap apa yang dirasa:
"Perit, derita, dusta nestapa, kecewa, marah, degil, bangsat, tangisan yang sakit ~

Hatiku di kurung dan dirantai semula.
" Yang mengurung dan merantainya hanya jiwa-jiwa kebinggungan tentang hati "

Beri aku masa untuk senang dan tenang sekejap,
Dari cengkaman yang membelenggu fikiran dan hati.
Dari memesong ke satu arah tujuan diri.
Cuma mahu satu,
Agar jeritan itu bisa melerai rantai-rantai kekejaman si hati.

Duhai yang mendengar,
Beri aku juga peluang dan waktu.
Agar bisa ku perbetulkan semua yang salah,
Agar bisa ku berada di puncak tertinggi hidupku dahulu.

Tolonglah lepaskan aku dengan rasa merantai itu, aku tak mahu begini.

Nota derita:
" Aku mahu mengurung dan mengunci sagala rasa cinta dihati kerna mahu berhenti seketika, tahukah sesuatu? aku sedang menangis dan berzikir ~ "



No comments:

Post a Comment