Monday, January 24, 2011

Kami menunggu sesi pertukaran kuliah~


Di Luar kuliah; ~

Bising..
Hingar binggar sahaja di luar ini,
Ada yang mengutuk,
Ada yang ketawa,
Ada yang berborak,

Tak kurang yang berdiri,
Tak kurang yang bercekak pinggang,
Tak kurang yang berkomunikasi secara lisan.

Menunggu kuliah yang makin tiba waktu nazaknya,
Ternanti-nanti di corak mozak-mozak hitam putih.

Namun,
aku dan kami menunggu sahaja,
Berteka-teki sendiri,
Bilakan smpai waktunya pintu di buka?
Kusyuk agaknya "lecturer" memberi ilmu,
Pasti pelajarnya terangguk-angguk tanda terlebih fhm ^^

Di dalam kuliah:~

Masa mencemburui mereka,
Terasa seakan-akan masa terlalu pantas beredar,
Memerli kami yang menunggu terlalu lama di luar.
Berpusu-pusu keluar setelah sesi kuliah berganti masa,

Ada seseorang itu,
Terjatuh buku-buku di tangan,
Mahu gelak di katakan mengutuk,
Mahu menolong di katakan riak tak bertempat,

Aku membiarkan sahaja dan tersenyum,
Senyuman ku itu tanda supaya dia tabah dan terus cepat berganjak pergi.
Aku dan kami?
Sudah berada di tempat "perdudukan" paling atas dan tersembunyi,
Supaya mudah "menyembunyikan" rasa mengantuk yang menghurung kini~.

No comments:

Post a Comment