Tuesday, January 11, 2011

Nukilanku tentang hidup~


Bismillah sebagai penyinkap tabir rasa, memulakan dengan kalimah teragung agar bisa nukilan yang sudah lama terpahat di sanubari ini bisa ku titip di atas lembaran ajaib pembaca.

Diri sendiri:
Suatu pencapaian harus dilaksanakan semula, mengapai pelangi selepas hujan itu perlu ku genggam semula, setkan minda, fokus semula mencari diri, muhasabah diri tanpa henti, menifiestasikan diri kearah tujuan dan destinasi lokasi~

Keluarga:
Perlu ku gapai impian dan harapan mereka, mereka mengharap yang terbaik untuk masa depanku, membantu mereka di kala susah, bersenang lenang bersama mereka di masa tawa senda, malah ku juga harus mula untuk menghitung, apa yang mereka sudah banggakan terhadap diri ini?

Sesi pembelajaran:
Wajib ku berusaha kembali setelah "kejatuhan" yang berkali-kali, menimbal balik di mana silapnya dahulu, memperbetulkan semula keadaan yang sudah semakin terpesong, cuba untuk membunuh rasa "malas" mengapai jaya di puncak maya, demi mengikat perjanjian dengan "segulung ijazah sarjana muda psikologi kaunseling" ~ " Mahu jadikan otak ini bijak laksana"

Cinta:
Aku bukan berkata "tidak" pada cinta, tapi lebih ku gemar untuk berkata "berhenti seketika", sudah banyak situasi yang ku alami perpecahan yang gemar melerai air mataku, walau betapa bait-bait sayang menyayang amat ku rindu di kala ini, tapi harus ku korban demi mahu mengapai bintang di langit maya~ "Meski siapa pun dia nnt, ku harap dia ada rasa sepertiku, nanti-nantilah dahulu, percayalah tiba hari bahagia kau akan ku kejar sampai ke syurga"

Matlamat:
hanya satu ~ "Kejayaan Terbilang"

Nota kejayaan:
Mari ukir semula tanggapan untuk berjaya, berjaya itu mudah andai tahu penyudah dan bukan meludah dengan kata-kata yang kosong belaka.

No comments:

Post a Comment