Wednesday, January 26, 2011

Baca dengan nada gembira ~


Bila menyusuri setiap peristawa ketawa pastikan hatimu bahagia dengan tawa itu, teruskan ketawa itu sampai kau mengerti ertinya hidup ini hanya sekali hanya.

Mahukah dikau ku beritahu satu perkara yang menyebabkan hatimu suka?
Iyakan saja~

Gembira,
Mudah sahaja mengecapnya,
Dikau hanya perlu ketawa dan terus ketawa.

Bahagia,
Terlalu senang bagi sesiapa yang mencuba,
Dikau hanya perlu memilih kearah bahagia tanpa melukakan sesiapa.

Tertawa,
Mudah itu seperti memetik bunyi di jari,
Dikau perlu untuk mencari jalan cerita kenangan lama yang membuatkanmu ketawa.

Tersenyum,
Mudah terlalu mudah,
Dikau hanya perlu melihat alam ini sendiri, pasti ada yang membuatkanmu tersenyum sendirian.

Tertawakan diri sendiri,
"Bila ku lakukan kesilapan itu berulang kali, kesilapan itu menjadi tawaku di masa depan kerana terkenang di masa lampau"

No comments:

Post a Comment