Sunday, January 23, 2011

Tentera hujan ~




Hujan renyai-renyai dalam hati,
Meski sudah tidak selebat dahulu,
Namun hujan itu tetap turun bersama kesedihan,
Kini, Jangan dikau risau akan aku seperti selalu,
Aku tetap gembira seperti pertama kali kau melihat hidupku tawaku,
Tolonglah mentari bawakkan daku payung pelangi,
Agar ku bisa kering kontang dari hujan ini.

Tuesday, January 18, 2011

Aku dan matahari terbit ~


Hembus bayu menyapa setiap wajah-wajah yang sujud di pertikaran sejadah, mendongak sayu mengharap belas keampunan serta mendamba "nur" kekal di kalbu. Aku juga salah seorang daripada mereka, yang bangkit di kala matahari terbit ~

Pagi-pagi lagi,
Ku tarik setiap pernafasan agar setiap rongga-rongga bisa gembira dan selesa,
Segar bugar "udara" yang ku sedut bak bau hujan renyai-renyai.
Biar ku terlebih dalam bersyukur dari "tidak mahu bersyukur".

Pagi ini,
Ku terlupa kisah derita semalam yang memaksa aku untuk tenang dan matang,
Semalam adalah semalam, usah dibangkit-bangkit berkali-kali.
Diingat hanya melukakan yang sudah menjadi parut.

Pagi-pagi,
Ku orak selimut di kaki, ku susun semula setiap yang ku pakai semalam,
Agar bisa sentiasa tersenyum orang di sebelah,
Maka, senyumlah bersamanya, kau akan nampak cantik di pandangan mata.

Pagi-pagi juga,
Ku terus berazam demi aku dan diriku,
Hanya untuk dia di masa depan, s i a p a? kejayaan~

Pepagi,
Ku buka tingkap di jendela,
Cahaya terang benderang menerobos masuk ke pintu.
Indahnya cahaya itu andai bisa boleh ku beli lalu di tempatkan di dalam taman hati.
Tapi mana bisa mungkin, ku beli iman hanya dengan kata tanpa usaha.

Selamat pagi,
Oh!~ Hampir terlupa berbicara begitu pada semua,
Rupa-rupanya aku berbicara pada matahari terbit sebentar tadi,
Izinkan aku pergi "hanya" seketika,
Meneruskan azam dan iltizam,
Nanti bilamana ada cerita matahari terbit,
Aku pasti akan berbiacara lagi tentangnya,
Ku janji pada semua.

Nota janji:

"Jaga diri semua dan tolongi aku jaga orang-orang yang ku syg "

Monday, January 17, 2011

Terkurung ~


Izinkan hati derita ini mula berbicara tentang kesakitan, kesakitan yang tidak pernah jelas dihati sesiapa, mahu dia, dia, dia dan dia.

Ahhhhhhh!~ menjerit ku di hadapan dunia yang terkurung.
Namun, seakan-akan ada penebat menghalang setiap jeritan hati.

Setiap apa yang dirasa:
"Perit, derita, dusta nestapa, kecewa, marah, degil, bangsat, tangisan yang sakit ~

Hatiku di kurung dan dirantai semula.
" Yang mengurung dan merantainya hanya jiwa-jiwa kebinggungan tentang hati "

Beri aku masa untuk senang dan tenang sekejap,
Dari cengkaman yang membelenggu fikiran dan hati.
Dari memesong ke satu arah tujuan diri.
Cuma mahu satu,
Agar jeritan itu bisa melerai rantai-rantai kekejaman si hati.

Duhai yang mendengar,
Beri aku juga peluang dan waktu.
Agar bisa ku perbetulkan semua yang salah,
Agar bisa ku berada di puncak tertinggi hidupku dahulu.

Tolonglah lepaskan aku dengan rasa merantai itu, aku tak mahu begini.

Nota derita:
" Aku mahu mengurung dan mengunci sagala rasa cinta dihati kerna mahu berhenti seketika, tahukah sesuatu? aku sedang menangis dan berzikir ~ "



Tuesday, January 11, 2011

Nukilanku tentang hidup~


Bismillah sebagai penyinkap tabir rasa, memulakan dengan kalimah teragung agar bisa nukilan yang sudah lama terpahat di sanubari ini bisa ku titip di atas lembaran ajaib pembaca.

Diri sendiri:
Suatu pencapaian harus dilaksanakan semula, mengapai pelangi selepas hujan itu perlu ku genggam semula, setkan minda, fokus semula mencari diri, muhasabah diri tanpa henti, menifiestasikan diri kearah tujuan dan destinasi lokasi~

Keluarga:
Perlu ku gapai impian dan harapan mereka, mereka mengharap yang terbaik untuk masa depanku, membantu mereka di kala susah, bersenang lenang bersama mereka di masa tawa senda, malah ku juga harus mula untuk menghitung, apa yang mereka sudah banggakan terhadap diri ini?

Sesi pembelajaran:
Wajib ku berusaha kembali setelah "kejatuhan" yang berkali-kali, menimbal balik di mana silapnya dahulu, memperbetulkan semula keadaan yang sudah semakin terpesong, cuba untuk membunuh rasa "malas" mengapai jaya di puncak maya, demi mengikat perjanjian dengan "segulung ijazah sarjana muda psikologi kaunseling" ~ " Mahu jadikan otak ini bijak laksana"

Cinta:
Aku bukan berkata "tidak" pada cinta, tapi lebih ku gemar untuk berkata "berhenti seketika", sudah banyak situasi yang ku alami perpecahan yang gemar melerai air mataku, walau betapa bait-bait sayang menyayang amat ku rindu di kala ini, tapi harus ku korban demi mahu mengapai bintang di langit maya~ "Meski siapa pun dia nnt, ku harap dia ada rasa sepertiku, nanti-nantilah dahulu, percayalah tiba hari bahagia kau akan ku kejar sampai ke syurga"

Matlamat:
hanya satu ~ "Kejayaan Terbilang"

Nota kejayaan:
Mari ukir semula tanggapan untuk berjaya, berjaya itu mudah andai tahu penyudah dan bukan meludah dengan kata-kata yang kosong belaka.