Friday, January 7, 2011

Sepi di setiap waktu hujan ~


Duhai Tuhan yang MAHA TAHU apa terjadi pada malam-malam sepi, bermujahadah seorang insan di balik awan duka, mengimbau dosa noda lama, membasahi pipi dengan doa, seorang itu adalah "aku".


Hatiku dan sepi ada satu persamaan,
Yakni digabung dengan satu perkataan " Hati Sepi"
Bila sepi, ditepi hatiku ada "diam",
Diam yang merantai hati untuk terus mengkurung naluri,
Takrif diam itu senyap, tanpa apa sedikit kata-kata,
Tiada sebarang respon mahu "mengangguk" sekali pun~
Sila diam sebentar, ku ingin hayati setiap bait kata-kataku sendiri,
Diri mahu mencari ruang dan waktu untuk pulih dari sengketa hati,
Berikan daku lagi waktu, untuk ku berdiam dalam diam~


Nota sepi:
"Sepi selalu menemani di kala hujan turun, hujan tanda ku rindu, duhai hujan, sampaikan salam rindu ku, bawalah salam kasih ku bersama tempias rindu di hujani di negeri asmara~"






Wednesday, December 22, 2010

Aku ingin menangis disini;


Melihat awan angkasa semakin hitam, air takungnya sudah penuh, sebentar nanti turun hujan dalam hati, hujan menurun rahmat Tuhan pencipta langit-langit yang tadi biru~

Setiap rasa yang pahit mengamit setiap perasaan ku,
Biar ku dikata lelaki hingusan kerana menangis,
Katakan apa sahaja tentang diriku, ku benarkan ~
Aku ingin membaca buku yang suda lama terbuku dalam hati ku,
Sebuah buku tangisan berpanjangan.

Ya dan benar belaka dikala ini~

Aku si lemah,
Aku si cerca ,
Aku si derita,
Aku si sirna,
Aku si air mata.

Lemah tak bermaya hamba si lembah hina ini.
Biar aku menangis sebentar cuma, sebentar sahaja. Boleh?
Melepas sengara dan derita,
Agar benciku bisa pergi bersama airmata ini.

Teresak-esak menutup wajah tangis,
"Aku malu melihat diri bila dalam menangis"


Monday, December 20, 2010

Izinkan ku pergi ; mencari diri semula.


Ku titip puisi cinta buat MU pencipta naluri, Engkau pemilik jiwa dan hati, pemilik sebenar Cinta hakiki.

Kemana harus ku pergi selepas ku dari sini,
Hala tujuku terumbang ambing dek pukulan si badai deras,
Manakah si pengemudi yang hebat tadi?
Ah! Persetankan segala rasa ku padanya.
Dia memang begitu, mgkin akan terus begitu.
Puas ku bujuk rayu dan menangis dihadapannya.
Kini...

Izinkan aku pergi bersama ombak diteman mentari jingga yang mahu terbenam.~


Pergi ku buat apa di tangisi,
Pergi ku jauh dari mu tapi kau di depan mataku, pergikah itu?
Pergi ku buatku terus menderita sendiri sahaja.

Ku tarik nafas ku sedalamnya,
Ku genggam jari-jemariku yang luka, hatiku?
Ku ada kekuatan sendiri.

"Biarlah, tidak apalah, apa sahajalah, bolehlah, baiklah buka buku baru": jawab ku sendiri.

Mungkin rasa itu sampai disini cuma, aku mahu kelam bersendiri bersama lumpur hitam,agar mudah bagi ku "menyembunyi" kan diri dari mu, sebab ku hitam tidak nampak dan telus cahaya putih. "Rasa" itu perlu kemana?pada "dia" yang mahu?

Cuma sekarang ini, biar ku sendiri bersama bait-bait laguku dan puisi-puisiku.

Terima kasih atas segala rasa dulu, senyum tawa, derita, ceritera cinta, bait rindu, dan lafaz kata indah. Tergiang-giang lagu indah itu.

"Kau terlalu indah untuk ku lupa".

"Meski cuma tinggal rasa cinta seorang sahabat kepada seorang teman".

"Dilepas hati ku sengsara, diterima hatiku derita".

Kau buat ku senyum-senyum saja. ^^

Itu sahaja:
"Tiada apa yang mahu ku kelakar kan disini, bukan cerita lucu tapi benar berlaku saat ini, aku ingin sangat pergi, tapi hatiku seakan tidak lagi mahu, meski sudah ku temui satu kekuatan baru, buka buku baru. Terima kasih untuk memberi kekuatan untuk aku pergi sahaja. Persetankan aku~ " Sekali lagi, terima kasih atas segalanya.

Saturday, December 18, 2010

Cerita rasa rahsia hati;


Kami merobek kisah rahsia hati, yang hanya lebih TAHU adalah DIA.


Bukan sekadar senyuman yang ku berikan,
Malah keikhlasan dalam senyuman ku hadiahkan.

Jadi biar ku jadi penerima yang gembira menerima senyumanmu itu.

Kegembiraanmu kegembiraanku.

Bahagiamu,tawamu, gembiramu sama seperti ku.

Dan mungkin cuma perasaan yang berbeza.

Dan mungkin juga hati kita sama dan serupa.

Sama apabila kita berdua merasakannya.

Biar tersimpan sebagai rahsia rasa sementara cuma..andai ada, maka ada rasa itu,andai tiada, maka rasa itu..tiada.

Rahsia rasa yang hanya kita berdua tahu..si rahsia perindu.

Rahsia dalam rahsia..rasa dalam rasa..rasa itu memang rahsia..dan rahsiakan rasa itu.

Rahsiakan ia di sudut hati agar rasa itu disimpan rapi..dan bebaskan ia pada waktunya sudah tiba..

Merahsiakan itu memang sudah terlalu rapi terkunci..menunggu sampai pasti itu mati pasti..masih mahu-mahu lagi untuk pasti..

Kita di uji dengan kepastian sebuah rahsia rasa..tidak pasti di mana penghujungnya..apa kata hati?apa mahunya?

Ujian itu terselit hikmah dan tarbiah, sudah mahu kata hati. Cerita penghujungnya jadikan kata hati masih tak pasti. Bagaimana itu?

Kerana dua jasad yang berjauhan, tapi punya hati dan rasa yang mungkin sama..bagaimana mungkin noktah akhir cerita rahsia itu akan menemukan kepastian?bisakah hati ini menjawab segala rasa yang kian berteka teki?

Kadang-kala kita tak perlukan jasad yang jauh untuk merasakan apa yang berbisik di hati..rasa rahsia dalam hati sudah tanda ia hanpir dan disisi..Rahsia hati boleh diluah..boleh dirasa dan takut dengan rasa itu..tapi rasa itu mati dek umpama cubix hati pelbagai warna..perlu disatukan satu persatu..berteka teki..banyak sangat cerita teka teki..sampai tidak tahu mana jawapanya?


Rahsia,
" Rahsia itu indah, indah itu apa?"