Wednesday, November 24, 2010

Mataku tidak mahu kelam~`

Mataku tidak mahu padam~
Padamkan lampu, tapi tidurku dalam jaga~
Jagaku berteman lampu terang~
Terang benderang! sebentar lagi dinihari subuh~
Subuh menjelang azan berkumandang~
Berkumandang terbukanya permulaan alam~
Alam sekejap lagi muncul mentari~
Mentari menari-nari burung kecapi,
Kecapi apa yang kau harapkan sebentar nanti di permulaan hari.

Waktu Tempatan: 3.30 A.m - sampai mataku pejam.
Tarikh Disangka: Khamis,25 Nov 2010
Logitud Lokasi: Alam Permulaan Hari.
Hati dan perasaan: Tetap kekal unggul menyintai sampai matahari terbenam berkali-kali~





Berbisik taubat~


Helaan nafasku penuh hasad dengki kehitaman,
Fikiran yang kotor mengilai jeritan,
Jari jemari menoda diri hina,
Mata melirik lama pada sang maksiat,
Kaki menyusuri ke arah lembah hutan belukar ,
Bibir ini andai didengar caci makinya, sampai mahu membunuh yang bernyawa bila mendengarnya..kebencian ternyata~

Sampai suatu saat terhenti,
Dari mana datangnya bisik-membisik,
Terlalu sakti..dalam hati.

"Hati berbisik taubat,kembalilah! masa sudah hampir"


Halus sahaja bisikan itu,
Sampai ku tak sedar ku berdiri dimana,
Berhenti di ruang masa dan rongga nafas,
Kelabu warna mataku~

Lalu ku lihat jari jemari berbuat dosa,
Lalu ku meraba ke wajah kering,
Lalu ku pandang pada kaki terhenti , busuknya diriku~

(tiada bangkai sebusuk pemilik tubuh, penuh noda yang mendosa bergunung-ganang)

Dalam sedar ku,
Bukan angan-angan,
Ilusi benar sementara tadi.

Mataku pecahkan air kaca kristal,
Tangan ku menyapu doa ke wajah,
Tidak mahu ku lepas tasbih dari jemari,
bibirku berzikir,
Langkahku sudah di sejadah putih,
Sujudku basah dengan air yang mengalir,
Air mata deruan ombak terlahir dari hati yang berbisik taubat.









Tuesday, November 16, 2010

Tujuh warna kesemuanya?

Tujuh warna terbit selepas awan duka menangis,
Tangisannya hanya didengari beburung terbang tinggi,
Terbitnya tidak mahu dibenci,
Ia cuma mahu memberi senyuman dan sapa buat pemandang.

Merah untuk warna hati,
Jingga mewarnai senja.
Kuning dimiliki mentari,
Hijau sepanjang jelapang padi huma,
Biru titisan air laut duka terbentang,
Unggu si bunga lavender.

Ada warna yang tertinggal?

Cantik,indah,terpesona dan terpukau pada mata yang memandang,
Namun ku sedih, kau hilang selepas malam tiba kerana cemburu,

Usah kau risau,
Usah kau ragu,
Usah kau buntu lagi..

Kau membias semua warna tujuh itu,
PUTIH yang SUCI.
S.U.C.I. itu cinta.
kerna hati ku terjatuh seputih si putih itu.

Wednesday, October 20, 2010

Suaru ku dihati siapa?

Suaraku dihati siapa?
Dihati orang yang mendengarnya.
Kalau orang itu pekak?
Masih punya hati yang bisa didengar dan dirasai dihati.
Hati itu miliku?
Kalau hati itu buta dan pekak?
Jangan pernah dipanggil manusia.
Setiap kejadian ada istimewanya.
Kesimpulanya?
Jadilah sebagaimana ia.
Tiada yang sempurna di dunia? Fitrah kehidupan?
Benar.
Tiada yang sesempurna selain dari NYA.
Benar dan itu benar.
Sekali malah ianya tepat.
Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.
Kalau ianya salah sekali pun tetap ada kebenarannya.
Walau tiada di depan mata tetapi ada yang menilainya.
Hati kan ada?
Tanyakan saja pasti dijawab.
Dan kadangkala,
Dijawab dengan persoalan sebagai jawapan.
Serta kadangkala, kita juga sendiri tertipu dek nafsu hati.
Bukan mudah mengawal diri hanya kekuatan IMAN dalam diri.
Menjadi benteng diri.
Tanpa usaha hilang semua itu~
Tanpa daya musnah segalanya~
Itu semestinya kita manusia di label manusia yang selalu alpa dek HARTA.
Dan lupa kerana dunia.
Manusia yang mencari lupa itu~
Sudah ketentuan Tuhan,
MANUSIA itu sendiri meberi erti LUPA~