Friday, March 15, 2013

Dia nyawaku ~

Tuhan yang Maha Pengasih lagi Penyayang,
Selawat kepada junjungan Nabi Muhammad.
Ampuni segala dosa-dosaku,
Ampuni segala dosa-dosa kedua-ibu bapaku,
Ampuni segala dosa-dosa umat Muslimin dan Muslimat.

Kali ini, jari-jari ku lincah kembali mewarnai kegelapan yang ada,
Sudah lama ku #tidur sambil memerhati dari jauh.

Nyawaku cuma satu, semua orang ada. Kau ada. Aku pun ada. Namun tiada gantinya, yang ada cuma yang *kekal nanti disana.

Selain nyawaku, ada satu nyawa ini.
Nyawa ini mampu memberiku nyawa kedua.

Dia dan aku ; kami.

Bagiku dia,
Dia keanak-anakan bila bercerita.
Melonjak-lanjak seperti anak kecil yang dapat gugusan gegula.

Bagiku dia,
Sifatnya seperti ibu dan kakak.
Tenang pada sesuatu kesilapan, memberi tunjuk ajar pada kesilapan.

Bagiku dia,
Penyayang dan kasih - kasihan.
Suka kepada budak-budak, dan kasihnya yang mendalam serta kasihankan ibu bapa.

Bagiku dia,
Sudah cukup hanya seorang yang ku gelar * bakal zaujah.
Ketelitiannya dalam menilai sesuatu diluar jangkaan pemikiranku sendiri. Hebat.

Bagiku dia,
Tiada dua, tiga dan empatnya.
Cukup dia seorang umpana empat orang yang berada disisiku.

Bagiku dia,
Adalah segalanya.
Tuhan kurniakan aku satu kurnia yang senantiasa buatku bahagia.

Terima kasih,
Juraidah Jumatin untuk segalanya.




Monday, October 8, 2012

Hidup ini tidak mudah kalau mengeluh.

Tuhan Maha pencipta, Bebaskan aku dari Keluh - kesah#

Asal nama manusia, tidak bebas daripada *keluh kesah.
Mengeluh, Mengadu, dan mengaduh ~
Hikmahnya jauh dari batas pemikiran manusia,
Meski kita nampak dan tampak berperangai sedemikian,
Maka, terselit dipinta kita berdoa dan berusaha.

Hikmahnya juga mudah dan senang untuk kita berfikir,
Mungkin bagi mereka yang berfikir tapi bagi mereka yang tidak? bagaimana?
Pastinya , keluh kesah sahaja cerita mereka sehari-hari malah tanpa jemu lagi.

Kalau kita senantiasa berfikir, pastinya usaha dan doa diselitkan sepenuh tawakkal lagi cantik.
Lagi pasti, aku juga mahu berfikir tanpa ada batas-batas yang menghalang apa yang imaginasikan.

Berimej itu akal kita yang cuba mencari helah maya serta pembikinan cerita hanya kita sahaja yang tahu.

# hidup hanya sekali, jangan mudah patah biar teguh seperti badang.

Monday, August 13, 2012

Lukis ~

"Semakin dalam cinta insani ku kepadamu, semakin curam cintaku pada Tuhanku."

Aku sudah tidak kelihatan dan hilang disini,
Aku ada tapi aku menyembunyikan diriku,
Aku bagai bayang dicahayai lampu jalan tirus,
Aku sudah kekeringan kata dan hati untuk menulis semula,
Aku kehabisan waktu.

Aku tidak perlukan berus warna untuk melukis,
Aku tidak perlukan pena untuk menulis, 
Aku tidak perlukan suara untuk madah puisi.

kerana;

Kamu adalah tulisanku, dan
Kamu adalah lukisanku, serta
Kamu adalah puisiku.


Itu sudah cukup bagiku,
Pabila ku senantiasa menulis, melukis dan berpuisi setiapkali engkau merenung bola mataku. 

~ku cair seperti coklat hitam yang enak!



Sunday, January 8, 2012

Your Birthday Is My Bestday~


7th January 2012

On this so especial day I want you to spend a really good day honey, a love you and I will be with you forever and ever.
My fiance, MOHD NIZHAMUL HAYAT, I hope you enjoy your day and you know I will be here for you whenever you need me. I love you .
I am sending you this post,so you can remember that I am totally in love with you and I know this love is making me happier day after day .
on 7th january 2012, you are one more year older than me, my love. I just want you to know that I want to be with you today, tomorrow and forever. do you know something? when I woke up, I was happy because that day is your birthday and you will be with me every time. The gift i gave you, to show my appreciate because every day you give me love and safety. Because you are always showing me how much you love me.

:: Thank for being so cute with me:: Thanks for treating me right::Thanks for staying with me everyday::

and I was waiting for this special day to tell you that I am really happy being with you, and for the first time celebrating together your birthday. I will give you all of my love and more every day of my life.
and i want u know that ur Birhday is my Bestday... HAPPY BIRTHDAY TO YOU My DEAR ~~

Friday, January 6, 2012

Angka 27.

Esok.
Sekejap lagi.
Sebentar lagi.

Tarikh 7 januari 2012 akan muncul.

Suatu tarikh yang jarang sekali ku tunggu.

Menunggu nya ibarat buah yang tidak mahu jatuh.

Menunggu setiap tahun.

Nasib bukan tahun lompat.

Kalau tidak, 4 tahun sekali ku menunggu.

Tuhan, terima kasih kerana:

nafas ku masih selari,
Kaki ku masih dua,
mataku masih mampu melihat alam,
jari-jari ku masih melekat dan lengkap,
bibir ku masih merah suci,
telinga ku tidak pekak bila ibu ku memanggil,
rambut ku masih tegang meski sudah ada uban-uban tua,

dan..

aku bersyukur.. di beri kesempatan sekali lagi untuk bercinta dengan manusia hebat.

Pesan; Ku harap ini bukan tahun terakhirku melihat belon warna-warni di siling rumah ku.

Wednesday, December 21, 2011

Sekolah saya ada exam.

Assignment siap!
Nota siap!
Pen siap!
Pemadam siap!
Peraut siap!
*Liquid paper? siap!
Aik mana saya punya pensil 2B?
(Membelek-belek dalam selapa )

Jumpa pun! siapalah yang ambik nda bagitahu ni.. *&^%$!

*Selapa: Pensil box.

Senjata sudah siap sedia,
Ilmu sudah di dada.

Yang tinggal hanya ;

Pensil yang menari-nari di atas kertas dan..

Idea-idea mahir menjawab soalan berjela.


Kepada anda;

Sekolah anda juga ada exam macam saya?

Saya ucapkan selamat maju jaya dan jangan tergesa-gesa ^^ ~

Wednesday, December 14, 2011

Pandaikah hati menipu?


Kadang-kala hati sukar menipu,
dan,
sering hati juga *pelakon yang bijak menipu.

Menipu di bibir tapi pada lisan?
Sudah tampak bohongnya hati.

Hati memang dicipta sebegitu,
Kata benci tapi dalam tempurung hati ada sayang,
Kata Sayang sebenarnya hati berbisik cinta.
Bila kau tanya pada aku?
hati memang sayang dan rindu pada hatimu tapi bukan dirimu.

Kenapa?

Kalau dirimu yang aku rindu, maknanya rindu itu tidak berbaur sayang.
Maka, itu mengapa daku berkata begitu, rindu pada hatimu.

Dalam hatimu, kau simpan rindu dan sayangku bukan?

Usah menipu.

Hatiku berkara begitu.

Apa?

Hatimu tidak berkata begitu?

Penipu.

Tadi kan hatimu berdetik. Aku tahu.

Bila?

Sejak dikau baca *penipuan ini.

Sakit bukan ditipu?:)

Jangan risau,hatiku tidak menipu yang bohong cuma bibirku.

Jadi?

Sudah percaya?

AKU TIPU.
HATI KATA YA.

Tulis;
Hati tidak terletak pada jantung.

Thursday, November 10, 2011

Setiap cerita ada lagu cinta ~


Baru kini ku faham apakah erti sayang dan cinta setelah aku membuat rujukan ^

Sayang mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka eletronik ialah rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih; contohnya perasaan sayang kita pada seseorang.

Cinta;v juga mengikut DBP perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang ) antara lelaki dan perempuan; kdp suamnya masih tinggal bersarang dalam hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; (Mengikut DBP lah ^^)

Tapi bagiku cinta dan sayang itu adalah subjektif, hanya kita yang boleh rasa.

Kita mungkin sayang pada seseorang dan mengharapkan dia senantiasa melafazkan sayang dan cinta pada kita setiap hari. Tetapi selalunya hampa bukan?

Lihat sahaja pada tingkahlakunya, dari tingkahlaku sudah mengambarkan cinta ^^

*Lebih baik kita menyintai seseorang yang menyintai kita dari kita terkejar-kejar cinta, (penat main kejar-kejar nih)

*tanpa mengunakan kamus, aku sudah boleh rasa sayang kamu.

Ini siyes beb!

Sunday, November 6, 2011

Hati yang berpelangi ~


Once again,
I change the title of canaifikir.blogspot.com

" Saya ada pelangi, pelangi selepas hujan yang hanya untuk dia".

Why?There a lot of thing happen inside my life.

Indeed.

I need to be new.

Everybody fallin in love with rainbow's right?

So, I want to fallin in love either <3

Biar tampak sama pada nama tapi berbeza pada cerita ~

Saturday, November 5, 2011

Cinta itu kadang-kadang boleh jadi "boring"


Cinta + Boring..
sejauh mana cinta kan bertahan?
orang cakap "aku kan cintai dia sepenuh hati"

orang cakap "hatiku kekal padamu"

orang cakap "cinta sehidup semati"

orang cakap "cintaku hanya padamu"


tetapi.....

sampai masanya nanti cinta itu kan terasa "boring"..

bila sudah tidak ada sandiwara cinta yang dipupuk...
makanya.....cerita cinta itu hampir dititiknoktahkan...

the end??


eh? betul yaaaa??

sebab tu *dia kata.....

jangan dilayan sangat rasa cinta itu....

cinta juga perlu ruang untuk disimpan ketat-ketat...
cinta tak perlu ditunjuk sangat...

tak perlu nak heboh satu seantero facebook...

cinta tak perlu ditayang pada 'status' in a relationship with....
mahu diminta klik LIKE oleh rakan-rakan muka buku...

aku sudah faham apa maksud *dia..

katanya kadang-kadang:-


cinta kan boring bila si gadis mengada-ngada mahu dibelai...
cinta kan boring bila si teruna asyik menjadi tukang pujuk...

jadi..bersederhanalah bercinta....
pada saat lafaz sakinah termeterai, barulah cinta itu di'upgrade'kan pada level yang paling tinggi...

tapi tentunya sesekali tidak melebihi cinta pada ILAHI...kan?

terima kasih sayang.....

atas 'kaunseling cinta' itu...

terima kasih sayang..
kerana tidak menabur cinta pada pandanganku sehingga menjadi buta...
mungkin kerna dirimu mahu *cinta yang ada ini mahu dijaga elok2, kan?

terima kasih sayang...
kerna mengingatkan ku....
insyaALLAH cinta ini tidak akan "boring" buat selamanya... (^__^)v



p/s: rasa nak gelak....HAHAHAHAHAHAHAHA

Lot of ♥
(",)

Tuesday, October 11, 2011

saat;

.." Aku tidak menyintaimu disaat daku pertama kali bertemu denganmu .. "..

dan

.." Aku tidak merinduimu disaat daku berpisah jauh darimu tapi * .. "..

*Daku menyintaimu dan merinduimu SETIAP SAAT helaian nafasku.

Sunday, October 2, 2011

T.A.R.I.S.R.E.T

Dengan penuh rasa kasih sayang....saya mulakan dengan lafaz bismillah dan assallamualaikum..

Hai awak,

Kalau awak ada kelebihan membaca huruf secara terbalik, maknanya awak tentunya dapat baca apa yang saya tulis kat atas kan? *So easy and simple…

p/s: oleh kerana entri kali ini berkisar pasal TERSIRAT..maka perkataan tersebut akan digunakan beberapa kali di dalam entri ini..harap maklum kerana saya tidak akan meminta maaf untuk itu~

*But before that…I would like to say ;-

Sama-sama kasih pada awak~

Sama-sama kasih pada awak~

Sama-sama kasih pada awak~

Sama-sama kasih pada awak~

Sama-sama kasih pada awak~

Sama-sama kasih pada awak~

Saya balas balik 2x ganda dari ((Tiga kali lafaz saya *ucapkan terima kasih pada awak))…dan saya TIDAK IKHLAS untuk menyatakannya sebanyak itu kerana HATI saya IKHLAS pada BERJUTA-JUTA kali kenyataan sebegitu…tetapi saya tak mampu untuk menyatakan berjuta-juta kali itu di sini, lalu saya simpan dalam hati saya kerana itulah yang TERSIRAT di dalamnya sekarang…awak FAHAM kan?? Saya harap awak faham apa yang saya maksudkan di sini sebab saya sekarang sudah mencampur-adukan BAHASA MELAYU PENULISAN tingkatan lima dan MATEMATIK darjah satu… (^___^)

Yups…..seperti apa yang awak cakap sebelum ini…saya memang sedia maklum tahu akan perkataan TERSIRAT itu…bukan setakat saya belajar bahasa Melayu PENULISAN saja malah saya menguasai bahasa Melayu TINGGI secara sambilan….walaupun subjek ini tidak berdaftar dalam Sijil Pelajaran Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan namun saya tetap bangga dengan subjek yang diajar oleh Mentor saya iaitu TUAN BAHRUDDIN BEKRI secara manual. Dengan itu saya mempelajarinya secara TERSIRAT…. (“,)

Saya setuju dengan kata-kata awak bahawa perasaan yang TERSIRAT itu hanya mampu dirasai oleh AWAK dan SAYA sahaja…walaupun kadang-kadang AWAK atau SAYA tidak menunjukkan bukti perasaan yang TERSIRAT itu didepan mata…namun KITA BERDUA cuba untuk fahaminya secara TERSIRAT juga, bukan? Dan untuk itu juga,dalam diam-diam, saya cuba untuk memahami segalanya tentang diri awak..


Berbalik pada kenyataan awak…..Sekarang ini, awak sedang melalui satu jalan yang amat sukar dalam hidup awak. Di kiri awak ada duri yang berlingkar, di kanan awak ada daun beracun yang tersembunyi, di belakang awak ada papan tanda yang menyatakan jalan mati dan awak tidak tahu apa yang berada di hadapan.. awak mati akal dan tersesat, tidak tahu mana arah yang mahu dituju..lalu awak meminta pertolongan dari saya sedangkan awak sendiri tahu saya juga berdiri dalam situasi sebegitu. Ini bermakna kita berdua sama-sama berdiri di atas bulatan yang mempunyai 4 persimpangan jalan, di mana 3 antara jalan-jalan itu ada duri, daun beracun dan jalan mati seperti yang awak katakan sebelum ini,bukan?

Saya cuba untuk membawa awak pergi jauh dari 3 perkara itu…saya mahu awak bebas dari belenggu-belenggu itu….tapi kenapa kaki awak seakan tersekat sahaja? Saya ingatkan kaki awak cuma digam dengan gam GAJAH atau gam KASUT tetapi bukan…umpama ia dililit oleh akar-akar bumi (kenangan lama awak) yang mahu awak dirantai dan dikurung di sana…Lalu, saya sendiri yang cuba membantu awak (kerana itu yang awak pinta selama ini)… saya mahu pimpin awak keluar dari sana..dengan itu..

Tahukah awak bahawa dalam diam saya cuba dan:-

Sanggup berusaha untuk mencantas segala duri-duri yang berada di sebelah kiri awak dengan pedang samurai yang lebih tajam dari parang ?

Sanggup bersusah payah untuk mencari penawar bagi daun-daun beracun di sebelah kanan awak untuk memastikan awak sembuh dari terkena bisa racun itu ?

Sanggup mengerah tenaga untuk membina sebuah jalan kasih yang dibina dibelakang awak agar tidak ada lagi jalan mati?

PERHATIAN: kalau awak rasa kata-kata di atas agak melampau dan terlalu berkias-kias…saya minta maaf..sebab inilah hasil saya belajar BAHASA MELAYU TINGGI….jangan salahkan saya, salahkan TUAN BB (mentor tidak rasmi saya)..

Jadi, persoalannya sekarang apa yang ada di hadapan AWAK dan SAYA?

Cuba awak pandang cincin perak yang sudah disarung pada jari awak…..dan saya pula memandang cincin rotan emas yang ada pada saya….itu apa sebenarnya??? Setiap kali saya melihat cincin itu, umpama ada kuasa sakti yang memberikan saya semangat untuk terus mahu bersama awak…setiap kali itu juga saya berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk awak…dan tiap kali itu juga, saya mahu kuat agar saya mampu membawa awak keluar dari 3 perkara itu….jadi, bagaimana dengan awak? Apa usaha awak untuk itu?

Sebab itulah saya pusing dan berdiri di hadapan awak, maknanya SAYA lah yang ada di hadapan awak…dan AWAKlah yang berada di hadapan saya sekarang.. kita sama-sama berpimpinan tangan untuk berusaha mencapai apa yang kita mahukan…kerana apa yang kita perlu fikirkan sekarang adalah “MASA SEKARANG”.. MASA SEKARANG yang kita sudah nampak iaitu ada AWAK dan SAYA serta CITA-CITA kita…Cuma apa yang kita perlu bersedia adalah “HADAPI MASA AKAN DATANG”

Monolog: saya rasa saya bercakap agak panjang dan penuh emosi tika ini~

Dengan bersaksikan diari cyber ini, saya berusaha untuk berjanji bahawa saya akan tolong dan pimpin awak keluar dari *raksasa-raksasa kepala tiga itu..sayalah sailorrmoon yang akan meyelamatkan awak..kenapa dengan SAILORMOON? Sebab saya rasa ianya cantik, comel dan kuat… (^___^)

Owh ya….

Satu lagi,

Seperti awak juga, selalunya apa yang saya cakap ini pastinya ada *kurang atau terLEBIH, salah atau terBENAR, tersilap atau terBETUL dan tersasar atau terTEPAT. Saya minta maaf sangat-sangat seandainya apa yang saya katakan tidak menepati *skema piawaian awak atau *tidak ada ‘match found’ tentang diri saya dalam sistem Crime Scene Investigation (CSI) awak walaupun saya ini *rendah dari *tahap ketinggian awak.. Jadi, setelah awak selesai membaca *penulisan-artikel-yang-berantai-ini.. Sila pastikan senyuman awak sampai ke mata dengan sukanya ok? Sama-sama kasih untuk awak selamanya~~~


Hasil Otak Sendiri
J.J.J
2.48 PM
03rd September 2011
ofis AB & Co

Thursday, September 29, 2011

Bila senyap jadi pilihan.



Bila ku pandang lorong disebelah kanan,
Sama dengan hatiku,
Ada unsur tingkahlaku senyap,
iya, senyap atau diam.

Situasi nya senyap sahaja jalan bersimen di sebelah kanan,
Dedaun yang melitupi jalan mengiyakan lagi jalan itu tidak pernah dilalui oleh sesiapa.

Hati ku yang senyap?
Tatkala semua orang sedang *hinggar binggar dengan keadaan yang menghimpit.
Aku lebih suka diamkan sahaja.
Berkeras dengan pendirian ku dengan senyap. Aku mahu semuanya senyap tatkala ku pula bising.

Aku fikir untuk melalui jalan disebelah kanan.
Tanpa menoleh kebelakang,
Tanpa memikirkan apa yang akan berlaku,
Aku mengambil keputusan ku yang teguh seandai *teguh karang dilautan.
Mahu sahaja ku jerit.
Mematikan semua bibir yang berbicara seakan lautan ombak bising.
Agar bisa daku lari dari kebisingan yang membinggit.

Tidak tahan dengan bunyi bising.
Lalu, ku benar-benar berlari di lorong kanan yang ku jalani tadi.

Mengejar-gejar cahaya dihujungnya.
Cahaya itu cantik seperti bidadari.
Menghayalkan ku dengan angan-angan kosong tidak bertali.

Habis semua samak samun ku canas tanpa belas kasihan.
*Siapa lagi yang mahu kasihankan hati kita? kalau bukan diri sendiri jadi penjaganya.

Ada jambatan usang?
Kayu-kayu yang tersusun sudah agak usang namun masih boleh dilalui dengan kaki.
Seakan-akan ada bekas orang pernah *mengail untuk mendapatkan rezeki disini?
Tapi siapa dia?
Adakah hatinya dengan hati ku sama?
*Berlari laju dari kebisingan lalu terjumpa jambatan *berhantu ini?

Tika ini,
Sekelilingku hutan rimba yang tidak bernyawa cuma ada nafas-nafas oksigen yang tidak *ternoda.

Ku hirup udara itu bagai *moreh di petang hari.

Puas. Kenyang. Malah, lazat rasanya.

Setelah itu,
Ku duduk seperi apa yang digambarkan kini.


~ Duduk bersila diperhatikan oleh bayang-bayang sendiri.




Monday, August 29, 2011

Eidul Fitri ~


Daku titip rasa *gembira dan syukur di hari lebaran dalam misi menyambut syawal.
Dikesempatan yang *cuma ada, ku hulur jari yang tak sampai, agar hajat tercapai bersalaman,
moga syawal kali ini bukan yang terakhir kali untuk kita bersua lagi. Biar cuma ada rasa *happening dan biarkan mabuk makan kueh raya. Setahun hanya sekali. Namun, ingatkan diri kita, *mereka yang telah pergi dahulu dan kini jauh dari pelusuk maya yang bernafas. Iringi mereka dengan lafaz doa.

* Selamat eidul fitri al-mubarak 1432h untuk semua.
* Makan serta minum dahulu harap menjadi *halal.
* Terlepas kata nan nista harap dimaafkan.

*Mewakilli seluruh keluarga, kami pohon maaf zahir dan batin.

Friday, August 19, 2011

10 Malam Terakhir~


Titip rasa ingin berTuhan didalam hati,
Sematkan rasa-rasa mencari iman.

Rungkai semula lafaz kata Al-Quran,
Khatamilah ia meski selafaz "Bismillah".
Perbaikki setiap hukum-hakam.

Bangun di pertiga malam,
Tahajud dimalamnya,
Agar bisa besok pagi dikau cemerlang dalam setiap perkara.

Zikir usah setakat dibibir,
Tapi pahatkan Az-zikr di setiap jiwa dan naluri,
Ikhlas menjadi baik.

Doa tanpa henti,
Agar paksinya kekal menjadi satu tranformasi,
Menjadi lambang kepada kekuatan iman kendiri.

Ya Tuhan yang Maha mengetahui isi-isi Bumi,
HambaMu ini,
Berharap ramadhan kini bukan yang terakhir untuknya.


Thursday, August 11, 2011

Dunia ini berjalan sendiri tanpa tali.




Langit dilitupi awan yang dari tadi manja menutup mentari,
Cahayanya matahari tidak sampai ke wajah bumi,
Akibatnya si awan-awan malu akan bumi.
Bumi cuma menebar senyuman melihat gelagat si awan,
Hujan mahu sampai?fikirnya.
Si awan-awan mengangguk.
Hujan membawa rahmat Tuhan.
Maka, berdoalah wahai *si pelupa.
Usah ku ingatkan beberapa kali
Dunia ini sudah tetap bergerak sejak azali semasa diciptakan.

Awan meniup angin dan membawa hujan.
Matahari menyinari alam agar ada siang dan malam.
Tanah bumi sebagai kita berpijak dan membina rumah-rumah.

Dunia ini berjalan sendiri tanpa tali yang mengikat.

Maka,
Sedarlah jua semua ini musnah dengan hanya *menunggu tiupan sangkakala.

Saturday, August 6, 2011

Kita bermula semula~

Dengan lafaz Nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha menyayangi.

Saya dipertanggungjawabkan diatas diri sendiri, memulakan semula apa yang sudah diakhiri dan dihabisi.

Memohon agar dipermudahkan segala amal dan tanggungjawab di atas bumi dan dunia.

Seringkali jatuh kerana egonya yang nafsu.

Melafaz kata maaf sejuta tahun.

Moga " Lafaz sakinah akan bermula dimeterai".

Sekian,
Terima Kasih.

Thursday, June 16, 2011

Aku pergi kerana sayang~

Aku kini sudah semakin jauh di balik awan-awan hujan mendung,
Dan aku berselindung disebalik mentari cerah yang selalu tersenyum padaku,
Yang ku tahu andai ku capai hujan-hujan itu semula pasti *hujan dalam hati kembali tersingkap.
Jadi, biarkanlah aku dulu di tempat perlindungan yang membebaskan aku dari terkena tempias hujan.

Kini,

Aku pergi dari *tempat itu bukan kerana aku benci dan mahu dibenci
tapi pergi kerana sayang yang ada.

Sayang kepada ibu bapa,
Sayang kepada rakan,
Sayang kepada awak, memberi ruang semula kepada dia,
Sayang kepada dia,
Sayang kepada diri sendiri.

*Mencari semula ruang untuk diri sendiri, membina dan memperbaiki semula *empayar diri yang sudah lama roboh diherdik ombak pantai. Dan aku tidak mahu mencari cinta semula, tapi biarkan cinta itu datang sendiri dan kembali sendiri. Aku mahu melawan kata-kata takdir guru ku. .." Cinta tidak perlu diraih tapi dipelajari".. Memang banyak benarnya kata-kata *orang yang berpengalaman. Tapi tidak salah seandainya aku membuat *hipotesis awal. Dan menjadikannya sebagai kajian *asas kepada tesis-tesis mendatang. Meski ku sendiri mengiyakan kata-kata *guruku. Biar kita semua menjadi matang diatas kesilapan yang sering berlaku. Dan menjadi *hamba Tuhan yang paling bersyukur. Jadi, Perbaikilah diri dahulu. Cari semula rasa *berTuhan. Hidup kita tidak lama, hanya sekali cuma. Pergunakan sebaik mungkin. Aku harap ini menjadi alasan terbaik buat kita selepas *hidup yang terbalik, agar kebahgiaan diperlehi semula.

* Aku menangis tanda ku cinta padaNya.
* Usah risau kerana jodoh dan kebahgiaan itu pasti bersamamu.

LOL <3

Sunday, June 12, 2011

Aku pergi dulu~

Tatkala bintang mula kian hilang disebalik gelap malam, aku duduk di sudut penjuru pintu. Sudah lama tidak ku sentuh sejadah tatkala dipertiga malam yang kian mengasyik si polan bersama mimpi-mimpi mereka. Lalu Aku cuba beristiqarah. Mencari seribu jawapan yang kian membingitkan akal dan fikiran ku. Memikirkan rasa hati. Ya aku semakin tenang dan harmoni, rasa-rasa yang merantai sudah ku cuba putuskan satu persatu. Aku lihat dia juga semakin bebas dari belenggu rasa. Moga dia juga sentiasa bahagia dengan sudah adanya dia. Cuma yang ada,"rasa-rasa yang tertinggal" tidak berjaya ku musnahkan. Masa, saat dan detik itu ku *perjudiankan dalam mengharungi semula hidup. Aku juga tidak mahu mengalah untuk *hidup semula. Biarkan sahaja itu jadi kenangan di kala *tuaku walau sampai *mati pun akan menjadi sebutan aku dikala nazak. Terima kasih yang tidak terhingga atas kebahgiaan dan peluang yang pernah dipinjamkan kepadaku, kini biarkan ku tertawa sendirian bersama mereka. Aku tahu peluang itu sentiasa ada dimana-mana. Cuma aku perlu *mencarinya semula di mana peluang itu. Mungkin ianya ditanam didasar lautan dalam. Meski aku terpaksa mendapatkannya dengan menyelam tanpa oksigen dan memejamkan mata, aku rela. Sebelum jari-jari kurniaan Tuhan ini semakin tenat menulis, aku cuba ingin melangkah pergi tanpa menoleh kebelakang dengan *SATU lagi episod yang baru dan memberi peluang itu semula kepada *mereka yang benar-benar berhak. Aku hanya mahu diamkan diri dan mengalah serta girang melihat kebahgiaan itu, dipertemukan semula, kebahgiaan dia adalah kebahgiaan aku~ Maafkan daku seadanya dan Aku pergi dulu.

Izinkan daku bernyayi sebelum ku cuba padamkan semua "rasa-rasa yang tertinggal"~