Sunday, June 12, 2011

Aku pergi dulu~

Tatkala bintang mula kian hilang disebalik gelap malam, aku duduk di sudut penjuru pintu. Sudah lama tidak ku sentuh sejadah tatkala dipertiga malam yang kian mengasyik si polan bersama mimpi-mimpi mereka. Lalu Aku cuba beristiqarah. Mencari seribu jawapan yang kian membingitkan akal dan fikiran ku. Memikirkan rasa hati. Ya aku semakin tenang dan harmoni, rasa-rasa yang merantai sudah ku cuba putuskan satu persatu. Aku lihat dia juga semakin bebas dari belenggu rasa. Moga dia juga sentiasa bahagia dengan sudah adanya dia. Cuma yang ada,"rasa-rasa yang tertinggal" tidak berjaya ku musnahkan. Masa, saat dan detik itu ku *perjudiankan dalam mengharungi semula hidup. Aku juga tidak mahu mengalah untuk *hidup semula. Biarkan sahaja itu jadi kenangan di kala *tuaku walau sampai *mati pun akan menjadi sebutan aku dikala nazak. Terima kasih yang tidak terhingga atas kebahgiaan dan peluang yang pernah dipinjamkan kepadaku, kini biarkan ku tertawa sendirian bersama mereka. Aku tahu peluang itu sentiasa ada dimana-mana. Cuma aku perlu *mencarinya semula di mana peluang itu. Mungkin ianya ditanam didasar lautan dalam. Meski aku terpaksa mendapatkannya dengan menyelam tanpa oksigen dan memejamkan mata, aku rela. Sebelum jari-jari kurniaan Tuhan ini semakin tenat menulis, aku cuba ingin melangkah pergi tanpa menoleh kebelakang dengan *SATU lagi episod yang baru dan memberi peluang itu semula kepada *mereka yang benar-benar berhak. Aku hanya mahu diamkan diri dan mengalah serta girang melihat kebahgiaan itu, dipertemukan semula, kebahgiaan dia adalah kebahgiaan aku~ Maafkan daku seadanya dan Aku pergi dulu.

Izinkan daku bernyayi sebelum ku cuba padamkan semua "rasa-rasa yang tertinggal"~

No comments:

Post a Comment