Monday, December 7, 2009

Tak pernah ku kesah ; selepas aku berfikir.

Tak pernah ku kesah,
Walau siapa dirimu,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah ku endah,
Walau dari mana dtg mu,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah ku nafi,
Walau apa belakang harimu,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah ku pejamkan mata,
Walau sebarang kemungkinan,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah ku mengundur,
Walau apa yg telah berlaku,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah aku kecewa,
Walau ianya terjadi,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah aku merintih,
Walau asalnya pedih,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah aku gentar,
Walau hatiku takut,
Selepas aku berfikir.

Tak pernah aku sayu,
kerana ku tahu,
Walau apa pun tentangmu,
Walau apa pun dirimu,
Kau dijadikan buatku,
Sebagai pengubat kasih,
Sebagai tongkat pencari arah,
Sebagai tempatku berkasih,
Dan kau..
Bukan untuk di junjung,
Bukan untuk di alas,
Bukan untuk disakiti,
Tapi untuk disayangi dan dikasihi
Hanya..DIA yang lebih TAHU,
Selepas aku berfikir.

khas buat insan, bernama sayang.

No comments:

Post a Comment