Thursday, June 2, 2011

Cerita dari novel~



Tersentak hati ku tatkala ku menelaah sebuah novel karya terbitan pujangga yang tulus hatinya. Ayat-ayatnya tersusun kemas dan rapi. Lancar sahaja bibir ku berkumat-kamit menandakan ku kusyuk membaca setiap baris perkataan.

Katanya didalam buku:
"Cinta ibarat buku, kalau malas membukanya maka tidak ketemu cinta itu, kerana cinta perlu ditelaah dengan panjang"

Tapi kataku:
"Cintaku padamu ibarat huruf-huruf yang tidak tercantum bagai kaca yang pecah berderai, meski mencantumnya terasa sakit dan terluka namun sakit itu ku harungi juga demi hasrat yang semakin pudar, "mencintaimu".

Siapa kata aku sebagai lelaki tidak tahu menelaah novel.

Wednesday, May 18, 2011

Rindu untuk pelangi~


Bila HATI ini KOSONG,
KOSONG nya seperti udara yang SEPI,
SEPI seperti HUJAN,
HUJAN yang turun, tolong sampaikan RINDU ku pada dia yang ku tidak tahu siapa empunya rindu ini,
RINDU yang wujud bagai PELANGI yang terbit dari rintis-rintis gerimis.
Kini ingin sekali ku bermadah indah,
Baru ku sedar HATI yang KOSONG itu sebenarnya RINDU,
RINDU itu mulai SEPI bila HUJAN renyai-renyai,
tatkala ternampak PELANGI disebalik iringan gerimis petang tadi.

Wednesday, May 4, 2011

Tiada tajuk penyelesaian.


Dimulakan dengan memperingatkan diri tentang kerdilnya diri dihadapan Pencipta yang mencipta apa itu nafas dan cinta. Membingkis erti sebuah roda-roda hidup, sebentar diatas dan sekejap sahaja di bawah.

..."Definisi hidup itu adalah roh yang bernafas, dan bilamana sahaja bernafas pasti ada masalahnya"..

Manusia sudah sebati dengan apa masalahnya sehari-hari, Sampaikan ada yang buta tuli kerana terlalu tabah.

Mari kita klasifikasikan dan kemudian kita "label"kan setiap masalah itu dari sekecil-kecilnya sehingga sebesar-besar masalah.

.."Umpama sebuah sistem negara aman, diatas sekali ialah raja-raja berdaulat yang diikuti pembesar-pembesar negara, cendikiawan-cendikiawan bijak laksana, dan rakyat jelata yang patuh pada raja-raja mereka"..

Manusia bermasalah juga sedemikian.

Pertama;
Manusia yang sering menyalahkan diri sendiri.

Kedua;
Manusia yang sering menyalakan orang lain.

Ketiga;
Manusia yang berusaha tabah tapi sering gagal.

Keempat;
Manusia yang tidak pernah gagal.

Dimana kita letak diri kita?

.."Terpulanglah kepada diri sendiri untuk mencorak laluan hala tuju hidup, semua keputusan adalah terletak di tapak tangan sendiri, usah menyalahkan dan melibatkan orang lain dengan masalah yang dicetuskan oleh diri sendiri, sekali keputusan dibuat tidak boleh berpatah balik, kecuali ada peluang kedua kali"..

Thursday, April 21, 2011

Masa yang hampir~


Setiap detik ku hitung hari isnin sehinggalah hari ahad,
Semakin ia menghampiri ,semakin menusuk-nusuk rasa gelisah dibentuk hati.


"...Almaklumlah, orang kata menunggu itu suatu penyeksaan, mananya tidak gelisah..."

Mundar-mandir ku lihat jam tangan di tangan,
Mungkin masih sempat untuk ku menelaah?
Setiap saat yang ada itu usah dilepaskan begitu sahaja.

Boleh jadi membaca dalam sesaat yang dihargai menjadi penentu kepada persoalan yang bakal timbul. Kataku sendiri. Entah daripada mana ku perolehi teori yang tidak releven ini.

"....Mahu sahaja ku telan buku-buku yang ada satu persatu, hatiku berbisik..."

Lalu ku mencari kekuatan sekejap...

Ku menarik nafas sedalam-dalam lautan antartika,
Mencari dan menetapkan semula matlamat ku datang mencari ilmu-ilmu yang hilang.
Dan segala taktik, teknik dan gaya ku pelajari dahulu kini ku praktikkannya agar diriku tenang dalam sepi semula.
Akhirnya, ku berjaya menepatkan diriku dalam berhalusinasi semula.



Berbekalkan azam dan usaha yang ada,
Ku harap kali ini penentu kepada kembalinya "kegemilangan",
Tidak juga ku ukur dayaku ini mengunung tinggi,
Tidak juga ku sampai ku rasa yakin yang membongkak untuk berjaya,
Tidak juga ku sampai mengatakan ku tahu segala perihal di dalam buku-buku.

Tapi,

Cukuplah sekadar ku telah berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya.


"...Jangan menghadapi peperangan semata-mata untuk lulus cemerlang dan menang yakni dimasa peperangan sahaja kita bersedia tetapi di masa kita damai, kita lupa cara untuk berperang..."